Sunday, June 24, 2012

Sabar Itu Indah



Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui orang lain. Maka, wujudlah perasaan dengki,iri hati, jealous, jelly melly dan macam macam lah dalam setiap diri manusia itu.Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain. Pasti semua orang ada sikap macam ni kan.??walaupun sedikit pasti ada feeling camni.
Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.Sifat ini boleh mewujudkan perasaan dendam, berprasangka buruk dan permusuhan terhadap orang lain.Di dalam setiap diri manusia, sememangnya mempunyai keinginan bersaing untuk mendapat nikmat yang sama atau lebih. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Seperti bersing untuk berjaya dalam pelajaran.itu normal kan?kita akan berusaha untuk jadi lebih berjaya daripada orang itu.Kunci kemenangan adalah sabar.
Untuk menghadapi perasaan hasad dengki adalah perbanyakkan kesabaran dan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Ketaqwaan kepada Allah s.w.t menuntut kita agar mempunyai sifat sabar sepanjang masa.Sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada malapetaka dan kesusahan dalam kehidupan seharian.Ada masalah problem.Oleh itu bersabarlah dan semoga kita semua dirahmati Allah S.W.T.
Sabar itu indah.kerana biasanya kita akan mendapat balasan yang baik jika bersabar.

sabar menghadapi segala ujian dan dugaan 
*saya juga berharap perasaan iri hati,jealous,dengki dalam diri itu semua dapat dikurangkan dan boleh berubah lagi ke arah kebaikan. sabarlah wahai hati. sabarlah. InsyaAllah :)