Monday, November 17, 2014


Dikala aku sendiri
Dikala kesunyian
Hanya angin menyapa lembut
Aku cukup terkesan dengan satu ceramah
Audio ceramah yang dikirimkan kawan aku
Apa yang aku sentap?
Banyak. Banyak.
Jangan ditanya banyak mana
Sebab semuanya benar

Antara inti yang aku dengar;

Manusia zaman sekarang perlukan ilmu
Sangat perlukan ilmu
Penting sangat ilmu tambah-tambah kita yang
berada di hujung-hujung di akhir-akhir zaman
Sekarang bukan masa berseronok
Kena banyak mengaji
Ambil masa, tak perlu banyak
Daripada Maghrib hingga ke Isyak
Sudah cukup
Sehari sudah dari pagi hingga ke malam
Dunia, dunia, dunia, dunia, dunia, dunia
Bila nak ingat akhirat
Apa nak dibawa bila mati nanti.

Dan itu antara yang aku dengar
aku kongsi serba sedikit
Sungguh manusia mudah lupa dan lalai
Ingat dunia semata-mata
Walhal dunia itu sementara

Allahu, sungguh aku sedih
Kecewa dengan diri sendiri
Sungguh sukar bagiku
Ilmu masih lagi cetek

Ya Allah, bantulah aku
dalam mendekatkan diri kepadaMu
Bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu.
Aaminn Ya Rabbal A'lamin…

Sama-sama lah kita cuba perbaiki diri.









Friday, August 22, 2014

Ujian


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.
Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu."
-surah Al-Baqarah:216

Tiada siapa yang tidak diuji. Tiada siapa yang tiada masalah.
Semua manusia punyai masalah. Punyai dugaan.
Tidak perlu mereka cerita semua dugaan dihadapi
Kita lihat orang lain, dengan mudah berkata mereka kelihatan bahagia
Mereka seperti tiada masalah. Beruntungnya mereka.

Allahuakbar. Senangnya kita berkata-kata. 
Mungkin bahagia mereka terpancar hanya diwajah
Mungkin itu hanyalah palsu. 
Tak siapa tahu apa yang dirasa,
Tak siapa tahu apa yang terbuku dihati,
Tak siapa tahu apa yang telah dilalui.

Jiwa seorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian.
Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi.

Sesungguhnya ujian,bahasanya bisu.
Hadirnya tidak terduga. 
Adakala ujian bertandang untuk membersihkan dosa
Adakala ia bertandang untuk mengajak kita bertanya,
apakah diri sudah terlupa. Ya...terlupa siapakah kita disisi-Nya.
Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita?
Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.
Apakah masih ingin menderhaka pada-Nya.

Kita bicara tentang pancaroba,
kita berkata tentang malapetaka,
tapi hati kita masih terleka.
Kita tewas dalam gembira,
kita tersungkur ketika derita.
Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran
maka ujian itu sebenarnya manis.
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Sesungguhnya,dunia adalah tempat ujian,
akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...

*Tuhan sedang Menguji Kita
  Ustaz Kazim Elias
  Motivasi Islamik

Friday, August 15, 2014

Hari ini dan Esok


Hari ini mungkin aku gembira,
Esok mungkin aku sedih,
Hari ini mungkin aku bahagia,
Esok mungkin aku berduka,
Seperti langit, yang tidak selalunya cerah
Kekadang mendung, kekadang awan menangis.
Aku bukan boneka, bukan robot yang tak punya perasaan
Dipendam sendiri, disimpan sendiri
Tak apa, sebab aku kuat
Dah terbiasa dengan semua
Dah lali dengan semua

-nnsmj





Monday, June 16, 2014

Baik Baik

Assalamualaikum w.b.t

Kadang kita asyik memikirkan 
kenapa orang suka bicara tentang orang lain
Walhal dia baik pada semua orang
pasti ada yang masih memburukkannya
Namun kita kekadang tak sedar akan perilaku sendiri
Ingin dilayan baik oleh semua orang
Ingin orang menjaga hati sebaiknya
Namun adakah kita melayan mereka dengan baik?
Adakah kita melayan mereka seperti mana kita ingin dilayan baik
Kita tak sedar kita sakitkan hati orang
kita tak sedar kita burukkan orang
kita tak sedar kita lukakan hatinya
kita tak sedar atau kita buat-buat tak sedar?

Manusia itu kekadang sedih tidak mahu ditunjuk
tidak mahu dihebah seluruh dunia
tiada guna diceritakan semuanya
yang kisah hanya seorang dua
yang tak endah beribu-ribu
sakitnya hati yang dirasa disimpan kemas-kemas
disorok dengan eloknya
yang terpancar hanya senyuman kelat
lidah kelu untuk bicara lagi
hanya diam diam. hanya senyum pahit
Kita rasa luka kita, sakit kita, susah kita yang paling teruk
padahal masih ada yang lebih masih ada yang parah
kental lalui semua kerna semua orang punya perasaan
semua lalui kesusahan dan kesenangan
Jaga hati mereka, jaga hati sendiri.

Insha Allah.
Sekian wassalam.


Tuesday, June 3, 2014

Masih Jauh


Tidak ada suatu suara kedengaran
itu hanya mimpi mungkin
terdengar sahut-sahut suara
yang tidak jelas datangnya
benarkah ia memanggil nama aku
atau kerana aku yang terlalu memikirkannya
atau aku saja yang bermimpi di siang hari
untaian kata-kata yang menusuk kalbu
sehingga kini masih berlegar di ruang minda
kata-kata membangkitkan semangat
bukanlah menjatuhkan maruah
bukan juga menjatuhkan orang lain
masih jauh untuk sampai pada suatu tahap
cahaya kelihatan samar-samar dari jauh
justeru itu usaha untuk melihat cahaya yang terang
langkah kaki tidak berhenti
derapannya berbunyi walaupun perlahan
tidaklah mahu terus berhenti walaupun lelah
walaupun penat walaupun sakit
teruskan langkahmu kerna ia masih jauh

Monday, May 26, 2014

Sefahaman

Assalamualaikum.

Diri sendiri kadang berfikir jauh
Fikir macam-macam hal yang orang tak tahu
Aku fikir banyak benda tak perlu dicerita apa intinya
Aku sendiri tak faham dengan diri aku
Mulai marah meradang tak tentu hala
Lagi lagi jika mereka semua tak faham aku
Aku anggap mereka semua tak sefahaman dengan aku

Kau tahu yang aku susah untuk faham orang
Kau tahu aku juga susah faham diri aku
So, aku sebenarnya tak boleh expect orang faham aku
bila aku sendiri tak faham dengan diri aku
Apa lagi nak dipertikai walhal kau sudah tahu itu
Persepsi manusia yang berbeza
Mereka melihat dengan mata saja
bukan dengan mata hati

Sudah aku terpaku. Aku terdiam terduduk. Rebah lagi
Jadi kau faham dulu sebenarnya apa kau mahu
dalam konteks ini kau berbalah sama diri kau sendiri
Biar kan seketika sehingga kau betul faham.

Wednesday, April 16, 2014

Hati

Assalamualaikum wbt.

Kalau kau sedang tertawa,
mungkin di hati kau menangis
Kalau kau sedang gembira,
mungkin di hati kau sedih
Kalau kau tunjukkan kau kuat,
kau sebenarnya lemah tak bermaya
Kalau kau tunjuk kau bahagia
di hati kau penuh derita mungkin
Siapa tahu? Siapa faham kau?
Yang tunjukkan di luaran tak semestinya ianya benar
Mungkin yang paling kau nampak kuat dan ceria itu
dia lah yang paling lemah pabila keseoarangan
dialah yang paling lemah di hadapan Allah
Namun kau cukup kuat dan tabah
Menangis dalam diam
marah dalam diam
menangis pelan-pelan
sabar dengan semua
Tak siapa tahu, tak siapa faham
Hai hati, cukup gagah perkasa sebenarnya kau ni

Ingatlah. Walaupun tak siapa faham isi hati kau
jangan kau bimbang jangan pula kau melatah 
Allah faham dan tahu segalanya
Allah faham isi hati kau, apa yang ada di hati kau

"Ya Allah... ketika hati menangis hanya Kau saja yang tahu
ketika mereka semua meninggalkan aku sendiri
ketika dunia tiada simpati,
Engkau tetap mendengar rintihanku
Pada-Mu tempat aku mengadu dan menagih kasih
Ya Allah....
ketika aku dalam kepayahan dalam kesendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku kesabaran dan kekuatan
ketika aku buntu tidak mampu berfikir
Kau berikan aku kekuatan, Kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian
Kau tetap bersama hamba-hambaMu
Sungguh aku bersalah kerana aku sering lalai
Aku sering alpa 
Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat Mu
Terima kasih untuk segalanya"

Friday, April 4, 2014

Imam Muda Hizbur

Assalamualaikum wbt.

Pada hari ini, aku dan sahabat selesai sudah buat Cultural Event untuk subjek Sociology. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. 

Dan pada malamnya ada ceramah dari Imam Muda Hizbur. Ya, penat dengan kerja petang tu ada event. Tapi tapi tapi bila dapat tahu Imam Muda datang rasa gembira dalam kemalasan. haha. Okay jujurnya first tu rasa macam malas sangat nak pergi ceramah tu. Seriously, nak rehat je. Sebab this week is a hectic week. So, kat kepala tadi nak tidur je fikir. Tapi bila roommates sebut sebut pasal tu, diri yang 50-50 rajin plus malas ni fikir balik. Fikir fikir and then yes, aku nak ikut sama. Thankyou sebab buat rasa semangat balik nak pergi majlis ilmu tadi. Yang lemah longlai macam buat kerja berat bina bangunan tadi dah mula semangat balik lepas diorang suntik kata-kata yang buat hati ini terasa tertarik dan rajin.

Dah, pasal penat lelah letih diketepikan. Dilupakan. Alhamdulillah, dapat dengar ceramah dari Imam Muda Hizbur, peserta Imam Muda musim pertama yang juga naib johan dalam Imam Muda musim Pertama. Macam excited sebab Imam Muda datang tempat belajar untuk kali ke 2 *kalau tak silap. Jadi, nak share sikit mana yang dapat dari ceramah tadi.
- Nak berubah pada kebaikan tetapi payah dan sukar, Maka tinggalkan maksiat.
-Jika hati penuh dengan dosa, susah untuk terima ilmu, susah untuk berubah.
-Ilmu itu cahaya. Jadi cahaya tidak masuk ke dalam hati yang gelap.
-Tetaplah beristiqamah walaupun sedikit.
-Jaga hubungan dengan Allah s.w.t. , jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga batas pergaulan.

Nabi Muhammad S.A.W mengenali umatnya dengan wuduk. Jadi jagalah solat. 
Peluh Nabi Muhammad S.A.W wangi sangat, wangi kasturi. Ada sahabat yang ingin menyimpan peluh itu kerana baunya wangi.

Antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W :
  • Mendoakan Orang Yang Bersin. Dalam riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º  bersabda :

“Jika salah seorang dari kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’(Segala puji bagi Allah)’ dan saudaranya atau orang yang bersamanya mengatakan kepadanya ‘Yarhamukallah’ (Semoga Allah merahmatimu)’. Jika salah seorang mengucapkan ‘Yarhamukallah’, maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab‘Yahdiikumullahu Wayushlihu Baalakum’  (Semoga Allah Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù†Ù‡ وتعالىmemberikanmu petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat Imam Bukhari r.a.)
Banyak lagi sunnah Nabi Muhammad S.A.W . kalau kita tengok balik, berapa je sunnah yang kita amalkan. kan? hehe. Jadi setakat ini saja perkongsian yang sebenarnya banyak lagi tapiii ni je yang tertulis. Sebab Imam Muda Hizbur ada berkongsi cerita juga. hehe. 

Dan aku dapat pengajaran juga. Hari tersebut aku berbuat salah. Ya memang salah aku. Terasa juga kekadang dengan apa yang disampaikan dan ada yang kena dengan diri sendiri. Masha Allah, aku masih tak mampu dan aku masih jahil.

Maaf atas segala silap

Assalamualaikum...

Sunday, March 23, 2014

Masih Gagal

Assalamualaikum w.b.t.

Aku tahu aku punya banyak kelemahan
Aku tahu setiap yang aku lakukan tidak juga disenangi semua orang
Aku tahu setiap bait bicara aku tidak selalu benar pada orang
Aku sedar aku masih gagal
Gagalnya aku untuk bahagiakan kedua ibubapa aku
Gagalnya aku untuk menyenangi hati sahabat aku
Gagalnya aku dalam memahami orang lain
Gagalkah aku dalam segala hal?
Gagal itu bukan gagal selamanya
Dan aku tidak mahu aku terus gagal
Aku kekadang rebah, aku kekadang jatuh tersungkur
Aku kekadang banyak berfikir
Aku kekadang seperti tiada arah
Aku kekadang rasa kosong
Aku masih tercari-cari
Apakah benar apa yang aku lakukan?
Aku punyai cita-cita seperti yang lainnya
Teringinnya aku untuk menjadi seperti muslimah yang lainnya
Teringinnya aku menjadi seperti mereka
Bertatih aku dalam mengharungi semua
Terus, terus dan terus cuba
Dalam aku belajar untuk jadi kuat, untuk terus berubah
Aku sedari aku masih lemah
Aku tewas dengan emosi aku
Aku tewas dengan segala nafsu amarah
Dan semuanya
Lihat.. aku masih lemah.
Sukarnya untuk tepis semua ,untuk lawan semua
Tapi tidaklah aku serta merta putus asa
Kerana aku tidak mahu gagal berulang kalinya
Semoga terus kuat.
Tidak mahu gagal dalam memikul tanggungjawab sebagai anak
Tidak mahu juga gagal dalam melaksanakan perintah Allah
Tidak mahu gagal menjadi seorang sahabat
Aku bisa. Harus yakin.
Usaha lagi.Walaupun ia mengambil masa yang panjang
In sha Allah.

Sekian...

Monday, March 17, 2014

Diam

Assalamualaikum...

Aku tak bisa...
Untuk katakan ya pada sesuatu
Mahupun untuk katakan tidak
Bibirku seolah terkunci rapat
Tidak ada satu yang mampu keluar
Walaupun beribu soalan kau tanya pada aku
Walaupun hanya sebuah pertanyaan
Yang kau ingin tanyakan pada aku
Aku tetap diam membisu seribu bahasa
Aku tidak tahu apa yang ingin dibicarakan
Ku takut jika luahan ku salah
Ku takut jika bicaraku palsu
Ku takut jika kataku mungkin terkesan
Ku takut jika ayatku menyakitkan
Ku takut jika ujarku tidak benar
Bukankah lebih baik aku biarkan ia
Bukankah lebih baik aku diam
Aku ragu-ragu
Aku fikir lebih baik aku menyepi
Andai diam aku juga menyakiti
Seribu kemaafan aku pinta
Kerana aku takut bicaraku lebih menyakiti hati orang sekeliling
Aku tidak handal bahkan tidak fasih dalam segala hal
Bicaraku tidak semua diterima orang sekeliling
Aku cuba atasi semua

Aku diam…

Sekian.

Sunday, March 16, 2014

Hati Yang Baik

Assalamualaikum wbt.

Hai kalian. Mana mungkin bisa aku lupa akan dikau. Rupa kau?
Mungkin aku lupa, mungkin juga tidak. Jangan gusar.
Jangan resah jangan kau bimbang.
Mungkin aku lupa rupa kau
Tapi aku akan ingat pada sesuatu
Iaitu sekeping hati 
Ianya hati kau.
Sekeping hati yang bersih yang baik
Jiwa yang tenang sentiasa
Kau pernah bantu aku dalam suka duka
Tulusnya hati kau
Kau buat aku tersenyum
Kau buat aku gembira
Kau tegur aku
Apakah bisa dilupakan semua itu?
Tidak tidak tidak sama sekali
Kebaikan yang kau buat pada orang
Akan tetap diingati
Jangan lupa.
Kebaikan yang dilakukan itu
akan sentiasa segar dalam kotak minda
Terpahat dihati

Sekian...
Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Coretan demi coretan

Assalamualaikum wbt.

Kau pernah rasa sesuatu yang buat minda kau celaru?
Pernah kau rasa minda fikiran kau dipukul-pukul dengan sesuatu?
Fikiran celaru. Ke hulu ke hilir tiada arah yang jitu
Apakah sebenarnya yang berlegar-legar di benak kau
Duduk di satu ruang yang asing
Tergumam termenung termangu kau sendiri
Gundah gulana sangsi yang dirasai
Kesunyian dan kebingungan 
Seribu persoalan seribu pertanyaan
Yang terpaku dan sesat di fikiran yang kusut
Terasa seperti di awang-awangan
Kau masih sama, tidak ada bedanya
Kau ingin teriak sekuatnya namun kau tak mampu
Kau seperti hilang arah di dalam keramaian
Sepi kau rasai sunyi datang menerpa lagi
Semuanya kelam gelap gelita
Usah kau gundah gulana
Usah kau bimbang tak keruan
Cuba kau buka matamu selebarnya
Lihatlah sekelilingmu
Kelihatan cahaya yang bersinar terpancar
Bangunlah dari lelap dan lamunan
Terus lah mengorak langkah kau ke arah yang benar
Jangan pernah kau mengundur
Jalan yang berliku-liku itu harus kau tempuhi harus kau lewati
Sudahlah kau menjadi boneka
Dunia ini panggung sandiwara
Kadang kau juga orang yang bersandiwara di pentas dunia
Paksa arah  fikiran kusut kau untuk tabah dan kuat
Buka hati ,buka minda ,buka mata kau
Kau perlu tahu ianya realiti
Kau tahu mana salah mana benar
Kau tahu di mana tempatnya untuk kau mengadu
Pada Allah lah tempat kau mengadu
Sesungguhnya Allah Maha Memahami dan Mengetahui
Jangan pernah gusar dan ragu
Yakinlah pada Allah
Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.

--Nukilan aku

Maaf andai ada salah silap. Sekian.
Assalamualaikum.

Monday, March 3, 2014

Aku dan Diri aku

Assalamualaikum wbt.

Aku cuma nak berterima kasih kat siapa-siapa saja yang kenal aku yang tolong aku. Atau semua orang yang kenal aku dari dulu sampai sekarang. Mungkin ramai tertanya-tanya. Masih lagi tertanya-tanya. Mungkin saja ada yang tidak percaya. Atau mungkin saja terkejut?

Tak pelik langsung buat aku kalau orang nak pelik nak terkejut dengan aku. Normal benda tu. Ada kawan aku yang bertanya aku. Dengan diri aku yang sekarang. Dia tanya adakah itu aku? Dan aku menjawab ya. Aku bertanya dia, kenapa? Dia kata banyak dah berubah. Terima kasih sebab support aku juga. Alhamdulillah. Aku tidak lah berubah mana. Aku tidak sesempurna mahupun sebaik mana yang kau lihat. Banyak benda lagi aku kena baiki. Ya, mungkin kau dan yang lainnya juga pelik dengan pemakaian aku sekarang. Bertudung labuh,berstokin dan berhandsock. Dia juga turut menyatakan hasratnya untuk bertudung labuh. Dan dia juga ada berkata yang kalau tidak bertudung labuh takpa kan asal mengikut syariat menutup aurat. Ya, bertudung labuhkan lebih paras dada dan kainnya biar tidak jarang. Aku juga baru lagi. Baru dan aku masih kena kaji dan tuntul ilmu banyak banyak lagi. Aku share apa yang aku boleh share dengan kamu. Dan ada lagi sorang kawan aku tanya, aku takde 'pakwe' ke? tak couple ke? hmm dan aku tahu sangat sebab dia tanya soalan macam tu. Aku tak terasa dengan soalan macam tu. Ya, aku tidak punyai siapa yang spesel. Aku tinggalkan benda tu semua dulu. Biarlah aku baiki diri aku dulu. Doakan yang terbaik buat aku ya sahabat semua. Lagi seorang sahabat sekolah aku juga, yang berkata benda sama yang aku dah berubah sekarang. tapi dia masih sama macam dulu. Aku just bagitahu yang aku takda berubah mana pun. Still sama. And aku bagitahu yang semua orang boleh berubah dan ada rasa nak berubah kan. Kadang macam risau jugak. Aku tak tahu. Btw semua kawan sekolah aku baik sangat, still ingat aku. Aku pula kadang jarang contact diorang. Jahatnyaa rasa diri ini. haihh haihh apakah ini.

Dulunya juga, aku tidak tahu nak mula macam mana. Sama seperti kau katakan pada aku juga. Mula-mula rasa tak yakin kan.Dan alhamdulillah, Allah hadirkan aku insan-insan yang baik, yang selalu support aku yang mendukung aku, yang membantu aku. Aku juga tak kuat. Kadang kita akan rasa jealous, rasa cemburu bila lihat orang lain berhijrah. Bila lihat orang lain semua berpakaian elok menutup aurat. Terdetik di hati untuk jadi begitu. Niat kerana Allah, insha Allah Allah permudahkan segalanya. Tapi pemakaian jaga, akhlak pun kena jaga kan. Itu lah yang perlu harus usaha lagi untuk baiki.

Itu semua sahabat sekolah aku. Rindu nak kumpul sama balik ramai-ramai. Maaflah jika aku pernah leka lupa akan kamu semua dan jarang contact. Insha Allah,kalau panjang umur, kita akan jumpa lagi. Maaf semuanya ya andai ada salah silap aku yang dulunya hingga sekarang. Minta halal juga mana-mana benda hutang piutang ka. :)

Sungguh aku insan biasa. Kadang kalau ingat benda lampau,rasa tak macam kalau boleh nak putar balik masa.Kita bazirkan masa macam tu je? kenapa itu kenapa ini.Rasa nak saja hentak kepala kat dinding biar lupa benda lama. Tapi kalau fikirkan lagi pula, benda tu semua yang bantu kita untuk sedar. Bantu kita untuk tidak ulang benda sama lagi.
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
Aku takut. "Takut kita ni cuma soleh pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah, kita ni nothing."-Mato

Sekian. Assalamualaikum.

Sunday, February 23, 2014

Mencari Kekuatan Dalam Berhijrah

Assalamualaikum wbt...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم

Alhamdulillah, hari ini bersaman 23 Februari 2014, aku dan sahabat berkesempatan ke majlis ilmu bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang. Bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang. Para panel yang hadir ialah Ustaz Ahmad Dasuki, Shamril Salleh (Sham Kamikaze) dan Waheeda Wassini.

Ramai juga yang datang, dan kami semua sedikit sebanyak dapat tahu cerita mereka dan perkongsian mereka. Perkongsian yang sungguh baik dan bermanfaat untuk semua. Terima kasih buat sahabat yang memberitahu tentang ceramah itu dan mengajak bersama-sama ke majlis ilmu itu. Terima kasih sangat. 

Apabila berhijrah, tidak perlu untuk terlalu menunjuk-nunjuk tentang penghijrahan yang dibuat. Biar saja kita tahu dan Allah SWT tahu. Mulakan penghijrahan dengan baik dan istiqamah la selalu. Iman manusia kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Oleh itu la kita perlu selalu perbaharui iman kita. Jika kita sedar iman menurun, cepat-cepat kita tingkatkan iman semula. La ilaha illAllah."Iman itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun,maka hndaklah kamu perbaharui iman kamu dengan kalimah La Ilaha illAllah.”(Hadis riwayat Ibnu Hibban). 
Mungkin pada permulaan hijrah ada sesetengah yang sukar terima, yang pandang pelik atau apa sahaja. Namun, tidak perlu bimbang dan gusar kerana bila kita buat kerana Allah, untuk mencari keredhaan Allah, kita harus kuat. Tak perlu malu. Biar apa yang dikata sebab kita buat benda baik. Nawaitu kerana Allah Taala. Selalu perbetulkan nawaitu.

Berhijrah juga bukan yang tidak baik kepada baik, namun yang baik juga berhijrah untuk menjadi lebih baik. Mencari kekuatan diri untuk sentiasa beristiqamah kepada Nya. Bersahabat lah dengan orang yang soleh solehah dalam membantu kita untuk berubah lebih baik sebab sahabat itu cermin kita. Cukuplah mereka yang menunjukkan akhlak yang baik dan yang dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT."Jika kita ingin berhijrah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan mengirimkan hamba-hambaNya yang baik dan soleh untuk bersama-sama dengan kita."
Terima kasih buat sahabatku yang pernah bantu yang bersama-sama aku. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau hantarkan orang-orang yang baik buatku.

"Dan aku tidak mengaku diriku suci (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang di beri rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [surah Yusuf:53]




:) Nak pi dekat Akak Wahida tak sempat. takpe la. Lain masa insha Allah.
Didik hati ini. Jauhi sifat mazmumah. Bersangka baik lah kepada Allah SWT dan yakin pada Allah.
Setiap manusia perlu bimbingan begitu juga aku. Aku yang masih lagi terkapai-kapai. Aku hamba yang masih belajar, aku hamba yang masih mencari-cari kekuatan diri. Aku hamba yang hina dan hamba yang sering berbuat dosa. Maka kau bantulah juga aku wahai sahabat.
Semoga Allah memberi kita kekuatan. :')
Setakat ini sahaja.Panjang lebar pula ya. hihi. Dapat ilham juga untuk menulis entri kali ini dari saudari blogger #fatin yang share tentang penghijrahan. Dan dari majlis ilmu petang tadi. Maaf untuk segala khilaf ana ya. 
Wassalam.

Friday, February 14, 2014

Ujian

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, diberitahu tentang kisah seorang sahabat. Ujian yang diterima amatlah berat. Jika saja aku ditempatnya, Masha Allah. Mungkin saja aku lebih teruk dari dia. Sungguh aku tidak bisa melihat insan lain menangis di hadapanku kerana secara automatiknya berderai juga air mataku yang bertakung lama. Berlinanganlah titisan air mata dipipi. Tanpa disedari, menangis bersama nya. Sungguh tak mampu untuk tahan. Aku sebagai sahabat perlu memberi kekuatan kepadanya namun aku seperti melemahkan nya dengan menunjukkan tangisan aku. 

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain kata-kata semangat yang mungkin bisa memberi kekuatan kepadanya. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba Nya dan sebab itu kita diberi ujian. Ya, ujian setiap manusia berbeza-beza. Hati naluri manusia tidak sama, setiap manusia memang berbeza. setiap manusia tidak terlepas dari ujian di muka bumi ini. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, sama ada ringan mahupun ujian yang berat. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Namun kita harus kuat dalam menghadapi segala ujian dalam hidup iniAllah s.w.t menguji manusia dengan pelbagai ujian semestinya bersebab. Allah nak menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian-ujiannya. 

Allah swt tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)

Betapa Allah menyayangi hambaNya, tetapi kekadang kita tidak cukup kuat untuk tempuhi segala ujian dan tahap kesabaran kita masih lemah untuk hadapi ujian yang diberi.
"Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguhn sungguh"(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

source:from others blog/wordpress and laman lain jugak. :) 

 Sekian... Assalamualaikum.

Wednesday, January 8, 2014

Our Tongue. Our Mouth

Assalamualaikum wbt...

Nothing much to say. Okay, as the entry titled tongue and mouth. i guess you know what I'm going to talk about. People like to talk about others. Yes of course. Human. Everyone is given a tongue to talk, to say something but we just need to know how to use it. Means? Is it we are given a tongue, a mouth just to talk bad things? To say evil things?  Nope right.

Kita diberi lidah yang baik, jadi kita perlu jaga kan. Macam mana nak jaga? Ya, dengan berkata-kata benda baik, dengan mengucapkan perkataan yang baik. Kadang-kadang benda yang keluar dari mulut kita ni boleh buat orang sakit hati, boleh juga buat orang suka hati. Tapi pernah dengar pepatah kan, kerana mulut badan binasa. Betul tu. Setiap yang keluar dari mulut, perlu dijaga. I'm not saying that I always talk good things. Nope. Sebab mulut kekadang tersasul cakap bukan-bukan.Terkeluar juga benda-benda tak sepatutnya kan. Tambah lagi kalau seseorang tu dalam keadaan marah. Haaa tu bahayaaa. Macam-macam disembur dari mulut. Pumm pamm pumm pamm. Semua keluaq. Sebab tu kena kawal emosi, jangan cepat marah. Jangan cepat naik angin. Jaga-jaga. Kalau tengah marah cepat-cepat istighfar mudahan surut rasa marah yang memuncak. Bawa bersabar dan bertenangg gituu. hehe

Kekadang benda yang kita mengata kat orang datang balik kat kita. Means benda tu jadi kat kita balik disebabkan mulut yang suka mengata. Is it right? Lagi satu, ada juga yang suka bring up our past. Contohnya, dulu kita jahil, hina, dan macam-macam lagi. Then kita dah start untuk berubah jadi lebih baik. Kita dah berhijrah pun namun ada lagi mulut-mulut yang mengata pasal masa lalu. Kan? "People like to bring up your past when your present and future look better than theirs."

Saya juga takut nak berkata-kata, takut menyakiti perasaan orang lain. Takut juga benda yang disampaikan salah. Takut mulut mengeluarkan benda-benda tak elok. Kadang terlupa. Kadang main cakap je tanpa fikir dulu. Kena hati-hati dalam berbicara kan. Jangan salah guna kurniaan Allah untuk kita dengan bicara benda sia-sia dan yang tak elok. *Ingat ya Erinnn. *berkata dalam hati* hihihik

Berkata benda baik ataupun diam. :)
p/s: note to self. Jaga lidah.
Assalamualaikum...

Saturday, January 4, 2014

Waktu Berlalu

Assalamualaikum wbt.


Waktu cepat berlalu. Seperti tidak sedar hari silih berganti hari. Pahit manis tahun lalu. Yang pahitnya begitu banyak begitu juga yang manisnya. Aku rasa seperti bukan aku sebab masa yang lalu terus menerus datang dalam fikiran. Tapi kau perlu ingat teruk mana masa lalu kau tu semua beri kau pengajaran. Beri kesedaran. Kau perlu tahu itu. Syukurlah, jika kau telah sedar.

Bukan manusia sempurna yang tak pernah berbuat salah. Aku pendosa tanpa noktah. Kalau pun kau lihat aku bicara baik, kalaupun kau lihat aku menulis sesuatu yang baik belum tentu diri aku baik, sebaik kau sangka. Tapi itu kerana aku ingin cuba jadi baik dan lebih baik.
Manusia boleh kata apa saja. Pandangan mereka. Tapi pandangan siapa yang lebih penting? Sudah tentu pandangan Allah lebih penting dan utama.

Terus menerus pujuk hati yang satu ini. Pujuk hati jangan terlalu keras. Pujuk hati supaya tidak rapuh. Allahu. Di tika ini, saat menulis entri ini, mendengar alunan zikir terapi selawat Imam Muda Najdi. Tersentuh hati ini. Cuba dengar juga, pasti suka. :') hehe. Duk dengar je zikir terapi tu. Syahdunya. Suara , alunan semua tu buat hati tersentuh....

"Ya Allah bantulah hambaMu ini dalam bermujahadah melawan hawa nafsu dan pimpinlah aku Ya Allah dalam mencari keredhaanMu"
Ya sahabat, tegurlah aku jika aku salah. Tegurlah aku dengan baik,saling menasihati bukan mengkeji.
*Coretan pada waktu ini. Sampai sini saja. Maaf andai tersalah, terkasar.
link Zikir terapi selawat Imam Muda Najdi http://www.youtube.com/watch?v=1LKb1-uq90k
Assalamualaikum :)

Wednesday, January 1, 2014

Menaip Menaip

Assalamualaikum wbt
dan salam sejahtera...

Disebabkan hanya bersama ma and abah, adik beradik yang lain tiada di rumah so, kamu tahu kan rasa seperti apa. Haha. Bored. yeah bored. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk exercise jari jemari ni untuk menaip lantas otak akan super active memikirkan ayat-ayat yang ingin disusun dengan baik. Manakala perkataan yang diguna haruslah seiring dan sejalan. Bukan itu sahaja, malah perlu juga tepat dan jitu.

No interesting topic. Hmm saya suka mengusha. haipp jangan salah sangka. hehe. Suka usha benda, baju or anything kat instashop, kat Facebook. Usha sahaja. Bukan shopping. hehe. So, after usha rasa teringin untuk memiliki namun ku sabarkan diri ini dan tabahkan hati. Jangan membeli apa-apa yang tidak berkenaan lagi sebab nak masuk sem baru ni money is sooo sooo important. Kurung, jubah, tudung, kasut,bag, top, shirt and sebagainya. Itu semua untuk kegunaan di kediaman tempat belajar nanti. Macam budak sekolah nak masuk sekolah. Semua nak baru. Mengada lebih iols nie. Saya sebenarnya cakap ja ni, tak beli apa-apa benda baru sangat pun. Guna and pakai yang ada aje sebab time cuti no income. Kalau kerja kan baguih.hikss. 

Lagi..... Rutin harian memasak. Nak cuba new recipe tak semangat. Rasa macam nak masuk Masterchef, masak sedap-sedap. Tengok Masterchef tak kelip mata, focus je tengok. Feel yang medalam gituu haa. Hmm really really miss my sibling. Kalau semua ada mesti riuh rendah. Sekarang semua dah besar panjang, dah kahwin pon ada. Kalau berkumpul pun time semua cuti yang sama. Kalau tak, tak complete jugak. Takpa, normal la tu.

Manfaatkan cuti yang ada yang tinggal seminggu lagi. Ajak ma and abah jejalan pon macam okay.
Hari minggu nanti lah. Dah konpem semua kelip-kelip kat rumah taktahu buat apa, biasanya keluar jalan-jalan la solution nya. hihihi Harapppp nya begitulah. 

Sampai sini sahaja bebelan ku.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum...