Wednesday, April 16, 2014

Hati

Assalamualaikum wbt.

Kalau kau sedang tertawa,
mungkin di hati kau menangis
Kalau kau sedang gembira,
mungkin di hati kau sedih
Kalau kau tunjukkan kau kuat,
kau sebenarnya lemah tak bermaya
Kalau kau tunjuk kau bahagia
di hati kau penuh derita mungkin
Siapa tahu? Siapa faham kau?
Yang tunjukkan di luaran tak semestinya ianya benar
Mungkin yang paling kau nampak kuat dan ceria itu
dia lah yang paling lemah pabila keseoarangan
dialah yang paling lemah di hadapan Allah
Namun kau cukup kuat dan tabah
Menangis dalam diam
marah dalam diam
menangis pelan-pelan
sabar dengan semua
Tak siapa tahu, tak siapa faham
Hai hati, cukup gagah perkasa sebenarnya kau ni

Ingatlah. Walaupun tak siapa faham isi hati kau
jangan kau bimbang jangan pula kau melatah 
Allah faham dan tahu segalanya
Allah faham isi hati kau, apa yang ada di hati kau

"Ya Allah... ketika hati menangis hanya Kau saja yang tahu
ketika mereka semua meninggalkan aku sendiri
ketika dunia tiada simpati,
Engkau tetap mendengar rintihanku
Pada-Mu tempat aku mengadu dan menagih kasih
Ya Allah....
ketika aku dalam kepayahan dalam kesendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku kesabaran dan kekuatan
ketika aku buntu tidak mampu berfikir
Kau berikan aku kekuatan, Kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian
Kau tetap bersama hamba-hambaMu
Sungguh aku bersalah kerana aku sering lalai
Aku sering alpa 
Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat Mu
Terima kasih untuk segalanya"

Friday, April 4, 2014

Imam Muda Hizbur

Assalamualaikum wbt.

Pada hari ini, aku dan sahabat selesai sudah buat Cultural Event untuk subjek Sociology. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. 

Dan pada malamnya ada ceramah dari Imam Muda Hizbur. Ya, penat dengan kerja petang tu ada event. Tapi tapi tapi bila dapat tahu Imam Muda datang rasa gembira dalam kemalasan. haha. Okay jujurnya first tu rasa macam malas sangat nak pergi ceramah tu. Seriously, nak rehat je. Sebab this week is a hectic week. So, kat kepala tadi nak tidur je fikir. Tapi bila roommates sebut sebut pasal tu, diri yang 50-50 rajin plus malas ni fikir balik. Fikir fikir and then yes, aku nak ikut sama. Thankyou sebab buat rasa semangat balik nak pergi majlis ilmu tadi. Yang lemah longlai macam buat kerja berat bina bangunan tadi dah mula semangat balik lepas diorang suntik kata-kata yang buat hati ini terasa tertarik dan rajin.

Dah, pasal penat lelah letih diketepikan. Dilupakan. Alhamdulillah, dapat dengar ceramah dari Imam Muda Hizbur, peserta Imam Muda musim pertama yang juga naib johan dalam Imam Muda musim Pertama. Macam excited sebab Imam Muda datang tempat belajar untuk kali ke 2 *kalau tak silap. Jadi, nak share sikit mana yang dapat dari ceramah tadi.
- Nak berubah pada kebaikan tetapi payah dan sukar, Maka tinggalkan maksiat.
-Jika hati penuh dengan dosa, susah untuk terima ilmu, susah untuk berubah.
-Ilmu itu cahaya. Jadi cahaya tidak masuk ke dalam hati yang gelap.
-Tetaplah beristiqamah walaupun sedikit.
-Jaga hubungan dengan Allah s.w.t. , jaga hubungan dengan ibu bapa. Jaga batas pergaulan.

Nabi Muhammad S.A.W mengenali umatnya dengan wuduk. Jadi jagalah solat. 
Peluh Nabi Muhammad S.A.W wangi sangat, wangi kasturi. Ada sahabat yang ingin menyimpan peluh itu kerana baunya wangi.

Antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W :
  • Mendoakan Orang Yang Bersin. Dalam riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda :

“Jika salah seorang dari kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’(Segala puji bagi Allah)’ dan saudaranya atau orang yang bersamanya mengatakan kepadanya ‘Yarhamukallah’ (Semoga Allah merahmatimu)’. Jika salah seorang mengucapkan ‘Yarhamukallah’, maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab‘Yahdiikumullahu Wayushlihu Baalakum’  (Semoga Allah سبحانه وتعالىmemberikanmu petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat Imam Bukhari r.a.)
Banyak lagi sunnah Nabi Muhammad S.A.W . kalau kita tengok balik, berapa je sunnah yang kita amalkan. kan? hehe. Jadi setakat ini saja perkongsian yang sebenarnya banyak lagi tapiii ni je yang tertulis. Sebab Imam Muda Hizbur ada berkongsi cerita juga. hehe. 

Dan aku dapat pengajaran juga. Hari tersebut aku berbuat salah. Ya memang salah aku. Terasa juga kekadang dengan apa yang disampaikan dan ada yang kena dengan diri sendiri. Masha Allah, aku masih tak mampu dan aku masih jahil.

Maaf atas segala silap

Assalamualaikum...