Tuesday, December 31, 2013

Perubahan

Assalamualaikum wbt.

Mungkin kali ini kerap sikit ya kite menaip kat belog. Takpa. Dah rajin sikit time cuti ni. Nanti dah masuk sem baru memang takde la nak menaip lagi banyak macam ni. ehehe. Okay. Alhamdulillah, aku diberi kesihatan yang baik. Masih diberi peluang untuk bersama keluarga, sahabat dan masih diberi peluang untuk belajar. Alhamdulillah. Syukur sangat after tahu result untuk sem ni. Insha Allah, i'll try my best for next sem.

Aku suka tengok muslimah. Ya Allah, sejuk mata memandang. Dan kalau tengok sekarang ni kan ramai dah berhijrah ke arah kebaikan. Kan? suka tengok bila ramai berhijrah even kawan2 sendiri pun dah ramai berubah. Ya Allah. Aku rasa gembira sangat sebab aku punya kawan-kawan seperti mereka. Ya, memang aku sayang diorang. Sampai sekarang kitorang masih bersahabat baik. Insha Allah sampai bila-bila kami tetap kawan. haaa nia ah rasa macam nak nangis ni. uhukk

Okay. Perubahan. Bila aku fikir. Bila aku termenung sendiri. Perasaan tu ada kat semua orang kan. Berubah tu payah kan? "Berubah itu payah. Bila diri masih tak tabah. Bila hati mudah berubah. Berubah itu payah .Bila diri dikawal amarah dan Nafsu membara dengan mudah. Berubah itu payah Bila niat bukan kerana Allah. Bila hati masih gundah .Bila syaitan membisik mudah. Berubah itu payah Namun segalanya tak susah.Mudah bila kerana Allah. Mudah bila kena pada kaedah dan Bila benar-benar mahu" .Sesungguhnya nak berubah itu sangat payah. Namun istiqamah lagi susah. Tapi takpa sedikit- sedikit cuba, lama-lama Insha Allah boleh. 

Cuba memakai pakaian yang sopan menutup aurat, tudung labuh sekurang2 nya tutup melabuhi dada dengan baik, memakai handsock, memakai stokin. Tutup semua aurat. Berubah slow-slow jangan terlalu drastik. Aku bimbang juga sebenarnya. Aku masih mencuba. Aku sedang mencuba. Dengan sokongan bantuan sahabat2 juga banyak juga membantu sebenarnya. Terima Kasih semua. Tapi bila dah mencuba memakai sebegitu, kita akan rasa kekok untuk tinggal kan semua tu. Jadi lama-lama terbiasa dengan diri. Insha Allah.
"Memang berubah tu mudah tapi untuk istiqamah dengan perubahan itu perlukan mujahadah!"

First, dari segi pakaian, dan sikap-sikap buruk tu. hmm minta dapat dibuang jauh-jauh juga. hehe. sebab perangai, ehemm macam budak2 lagi haa. Insha Allah bisa diperbaiki lagi. Nampak macam seorang yang baik, tapi sebenarnya aku seorang yang hina, lebih buruk lagi , teruk lagi. Terkadang lalai. Lupa. Alpa. 

Jangan memandang alimnya seseorang dari segi pakaian, tudung mereka semua tu sebab bukan pakaian melambangkan hati mereka. Belum tentu seseorang itu baik kalau memakai handsock, stokin dan tudung labuh. Aku niii sendiri lagi lahhh. ummm. Kita manusia biasa,kita cakap sedang berubah,tapi kadang-kadang kita terbabas jugak. :') 


Deep dan betul. :)



"Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah"-Akumusafir

Insha Allah, kuatkan hati, tetapkan imanmu. Maaf andai ada salah silap dimana-mana. :)
Assalamualaikum...

Thursday, December 26, 2013

Solution. The Beginning of Everything

Assalamualaikum wbt.

Detik ini, tidak dapat lelapkan mata lagi. Ya, aku harus mencari jalan untuk settle masalah. Dan akhirnya ada kata sepakat , ada jalan keluar. Permulaannya bermula pada hari ini, detik dan saat ini. Sesukar mana pun yang dirasa, akan dilalui dengan kuat dan tabah. Kau pun tahu kan manusia diberi macam-macam ujian. Allah tahu segalanya yang terbaik untuk kita. Dan Allah juga tak menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Kau kena yakin itu. Yakin pada diri kau. Ni lah masalah kau jenis yakin diri tu terlalu low. Kau tak boleh macam ni terus terusan. Ya, aku tahu. Itulah masalah aku......

Selepas dapat jalan keluar, tahu bagaimana untuk selesaikan. Aku lah kena cuba yang terbaik usaha sehabis baik. untuk diri aku sendiri ,untuk kebaikan aku sebab tak akan ke mana kalau aku sendiri yang tak semangat untuk buat semua tu. Kau tak boleh lembik nanti senang orang pijak-pijak. Kau ni tahu cakap jee tapi tengok lah diri kau sendiri macam mana. Lembik , lemah. Nampak je macam kuat. Kau ni pandai bersandiwara.

Kau dah tahu kan apa. Kau sendiri yang berani kan. So berani juga untuk buat sesuatu yang baik untuk diri kau. Kita yang rancang tapi Allah yang tentukan semuanya. Jadi yakinlah pada diri. Trust Allah. Allah is the best planner.
The beginning of new story. Insha Allah.

Setakat ini sahaja.
Assalamualaikum.
SubhanaAllah. Astaghfirullahalazim. *take a deep breath. :)

Sunday, December 15, 2013

Aku ? Perasaan?

Assalamualaikum wbt...

Aku terasa bagai di awanan. Aku tak tahu apa sebenarnya.Mengapa sukar sekali? Mengapa begitu susah. Ya,14 December. bukan lah hari penting.tapi cukup buat bibir mengukir senyuman. Tersenyum walaupun tahu ianya seketika. Aku kah yang tidak mencuba? Sudah banyak kali aku mencuba, sudah banyak kali. Aku sudah lali dengan semua ini. Tak perlu semua tahu apa yang dirasa. Tak perlu semua diceritakan. Tak perlu membuat semua faham dengan apa yang dirasa.

Cukup aku tahu.
Cukuplah hanya aku rasa. Orang takkan faham
Biarkan mereka tidak faham apa yang ada dihati.
Allah tahu dan faham kita.
Tak perlu aku beri bait-bait madah pujangga dalam soal ini
Ini soal hati dan perasaan. Semua orang pernah alami sebegini rupa mungkin
Teruk mana? Mereka yang rasa mereka yang tahu.
Tapi itu soal hati dan perasaan yang tak tahu mana hala lagi
Jadi aku tidak mahu berfikir hanya untuk hal ini semata-mata
Sebab itu lah hal ini tidak penting. dan aku tahu itu. Biarlah dulu
Biarlah.Tibalah saatnya nanti. 
Lama kau rasakan. Cukup kuat kah?
Kau lemah sangat. kau lemah. 
Jangan kerana benda ini kau leka, hanyut dan lemah.
Lupakan lah hal yang membebanimu. Cuba sedaya upaya mu.Kau bisa lakukannya. 

Ya Allah...
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,dekatkan lah hatinya dengan hatiku,


Dan Ya Allah,

seandainya telah kau takdirkan, dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandangan ku, luput dari ingatan ku,
dan peliharalah aku dari kecewa.

Serta Tuhanku yang Maha Mengerti...

berilah aku kekuatan,melontar bayangannya kedada langit,
hilang bersama senja nan merah,dan gelap pekat awan,
agar aku bisa bahagia,walaupun tanpa dirinya.


"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
 agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah. 
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang 
hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu"

Belum lagi masa yang sesuai. Usah terlalu difikirkan. Tabah lah wahai hati.
Sekian, wassalam.
:') 


Thursday, November 28, 2013

Syukur

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur, majlis di Melaka selamat. semua berjalan dengan baik. Now, mereka sudah sah bergelar suami isteri. hehe. dan majlis bertandang ke rumah di Terengganu tinggal lagi 3 hari. 

Okay, mudah-mudahan cepat dapat anak. haha tak sabar nak ada anak sedara pula. Mesti comel. Masa kat Melaka meriah sangat. Adat kat sana lain. After nikah, ada majlis lagi. Makan-makan tu memang ada lah kan. Then, ada qasidah. Qasidah tu diteruskan je sampai tamat majlis. Ada juga belarak sekejap dengan pembuka nya bunga api before bermulanya qasidah tu.. wuuuu lawa sangatt. Ada kompang-kompang semua. Malam tu ada bersanding jugak dengan pakaian tradisional gituuuu haa. Macam pakaian Jawoo pon ado. btw sangat lawa. Tu malam tu taw ada majlis bagai. dari pukul 9 malam sampai pukul 11.30 malam jugak lah majlis malam itu. 

Balik semua penat malam tu. Tak sempat gossip cerita apa-apa dengan semua family, balik terus siap2 tidoq. haha. Esoknya bangun siap2 untuk persandingan mereka pula. Yang ni bersanding 4 persalinan, but firstly tu hanya pengantin perempuan saja yang bertukar2 pakaian ala-ala Bollywood, Chinese semua ada laa. Then, pengantin lelaki tiba tenghari tu hanya satu baju sahaja. Dah tak tukar. haaa gitu lah ceritanya adat-adat kat sana. Different with our Terengganurians custom. hehe.

Kalut mana pun, alhamdulillah perjalanan kami okay. Semuanya berjalan dengan baik. Syukran. 
okay. semoga berbahagia wahai kakak iparku bersama abang longku. Come to Ganu pula. hehe

That's all. Assalamualaikum.

Friday, November 22, 2013

Debaran Di Hari Bahagia

Assalamualaikum wbt.

Nahhh, cuba dilihat tajuk tu. Debaran bakal pengantin. Ya lah, siapa tak berdebar, tak nervous kan nak nikah. Nak nak lagi lelaki. Time akad nikah tuu. haaaa. rasa jantung nak terkeluar terus kan. Ye ke idok?

Inai di jari. wuuu. Okay. 2days more. This Saturday is the real day. Hari akad nikah. Nervous. Berpeluh-peluh dah ni. ececeh baru je tulis pasai tu dah nervous. Dah kenapa mengada tahap maksima ni haa? haha. Before this, siap-siapkan semua barang yang perlu. Prepare baik-baik semua. Baju, pelamin, bunga, make up, makanan, decorations. hmm a lot of things kan. semua kena pilih yang betul-betul sebab tu hari bahagia. cewahhh.

Well, now everything dah 90% siap, kotttt. haha. Sabtu ni ke Malacca kita pergi. tak sure berapa ramai yang ikut ke sana nanti. sebab ada yang bertolak dari KL juga. Apa-apa pun, harap semuanya berjalan lancar. Hope everything is going smoothly. Ya, Allah semoga kau permudahkan segala urusanku dan keluarga ku. Ya Allah..selamatkanlah perjalanan kami,berkatilah perjalanan kami dan redhailah perjalanan kami. Aminnn~

Waittttt. tapi ini bukan wedding saya. but my brother, Abang long. hehehe. So, jemput datang majlis di rumah saya nanti. 2 Disember 2013. Kat sini cuaca hujan. harap-harap nanti pada hari majlis tu semuanya akan okay. Insha Allah, mudah-mudahan. 

Di renjis renjis di pilis Di tepungi lah tawar 
Hai beras kunyit di tabur Disiram si air mawar

Semoga abang saya yang first itu bahagia bersama pilihan hatinya yang comel. hikss. :D




This pic. yes nice! :)

Thats all from me. Debaran mereka. hehe.
Sekian, wassalam...

Wednesday, November 13, 2013

Tak Kuat

Assalamualaikum...

Aku teringin untuk menulis hari ini. Jari jemari aku kuat untuk menulis namun aku tidak kuat. Aku tidak kuat dalam melalui masalah yang menimpa aku. Aku tidak kuat untuk hadapi segalanya. Aku manusia biasa. Dan aku sememangnya bukan seorang yang kuat. Allahu. Seakan aku mahu menangis sendirian. Pelbagai jenis perkara yang otak ini fikirkan. Berlegar-legar di ruangan minda aku. Memenuhi kepala aku. Ahhh. Pergi kau masalah . Tidak lah semudah dengan berkata-kata masalah akan pergi. Apa kau fikirkan?

Aku memikirkan banyak perkara. Ya. Kita diberi dugaan.
"I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong. I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve. I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome. I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help. I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities. Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed" Alhamdulillah. Aku tahu dan aku percaya Dia tahu apa yang terbaik, Dia Maha Mengetahui segalanya. 

Bila kepala dah tak tahu mana arah tuju, bila diri dipenuhi dengan masalah. Aku bukan yang terbaik. Aku bukan baik. Aku ingin menjadi baik. Namun hari-hari aku berbuat dosa, sedar ataupun tidak sedar. Bila direnungkan semula, aku kadang-kadang terfikir akukah itu? Teruknya aku. Ahh mungkin itu silap. Itu semua mimpi, aku tahu itu mimpi bukan realiti. Namun, pijak di atas bumi yang nyata, itu realiti, kau lah orang itu. Kau lah orang yang teruk itu. Kau lah orang yang berbuat dosa. Kaulah orang yang berbuat maksiat. Jangan ditunding jari pada yang lain. Cuba berdiri di depan cermin, lihatlah diri kau sendri. Renung wajah di dalam cermin itu. Itu kau. Ya. Jangan disangka orang cukup suka dengan kau. Manusia....... Apa saja kita lakukan tetap juga dijadikan bahan untuk mereka bicarakan. Mereka judge kita. Mereka hukum kita. Mulut orang siapa bisa tutup? Mulut sendiri pun tak bisa ditutup baik inikan pula nak menutup mulut beratus-ratus beribu-ribu orang.

Kau tidak pernah keseorangan. Kau masih ada Allah. Kau mengadu pada Dia yang Maha Pengasih. Walau orang tak faham hati kau, Allah tahu dan faham hati kau. Sabarlah wahai hati. Let Allah show you the way. Ask for Allah forgiveness. Keep returning to Allah.
~MuhasabahDiri~

wassalam...

Sunday, November 3, 2013

Menulis Lagi

Assalamualaikum...

Bersua lagi kita. Ya, syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk bersama kamu semua. Hari ini aku masih bernyawa. Aku masih bisa berkongsi cerita. Aku masih bisa menangis. Aku masih bisa bergelak ketawa. Aku masih mampu tersenyum riang. Aku marah. Aku kecewa. Aku sedih. Pelbagai emosi yang datang yang dirasai. Ya, itu perasaan yang semua orang rasa. Tak dapat kita sangkalkan lagi.

Kau dengan dunia kau?? Aku dengan dunia aku??  Bukankah kita semua di atas satu dunia yang sama. Sedarkah dikau? begitu juga aku. Sedarkah aku? Kita tinggal atas bumi Allah yang sementara. Haa. jangan anggap aku macam-macam. Aku teruk. Salah yang dulu masih bermain2 di kepala. Anggap aku bukan2? Terserah. Ya,aku cuba, cuba tidak bercakap perkara buruk ,cuba tidak melalut benda buruk. Aku kadang2 takut untuk bersuara, untuk bercakap dan berkongsi sesuatu. kerana apa? kerana aku tahu aku tidak mempunyai kepakaran dalam semua hal. Ilmu aku? Tidak lah setinggi mana pun. Aku masih merangkak mencari ilmu. Ilmu aku masih cetek. ya aku akui. Lantaran itu, aku takut untuk bersuara dalam hal2 yang aku tidak tahu dengan baik. Tersilap langkah. tersilap kata. tersilap bersuara. habislaaa. Ilmu agama masih juga cetek. Ceteknya ilmu agama boleh menyebabkan manusia tersesat."Beramal tanpa disertai ilmu yang cukup akan menyebabkan kita tersesat"

"Menurut dari ajaran Islammenuntut ilmu adalah satu dari ibadah." Kadang-kadang aku kagum dengan mereka yang punyai banyak pengetahuan dari aku yang tidak tahu dalam banyak hal. Aku kagum dengan mereka. Banyak yang mereka tahu. Sedangkan yang kurang pengetahuan ini diam seribu bahasa? Ya, diam mendengar mereka bersuara berkongsi ilmu dan pengetahuan yang mereka tahu. Sedikit sebanyak kita dapat memasukkan kedalam minda ke dalam otak, dapat juga tambah pengetahuan. Ilmu tu tak rugi langsung kalau kita kejar, kita cari. 
"Di setiap langkah menuntut ilmu, kamu hendaklah merenung dan memikirkan dengan mendalam kepada yang menjadi tujuan utama disebalik menuntut ilmu"

Aku masih cetek dalam berbicara soal ilmu sains, ilmu sejarah,ilmu agama apatah lagi. Ilmu agama tidak boleh main2. perlu ilmu dan sumber rujukan yang banyak dan sahih. Apa yang disampaikan kepada orang. Kita yang bertanggungjawab. Aku kena selalu ingatkan diri aku untuk berjaga2 berfikir baik sebelum bertindak. Ya, kadang2 buat sesuatu tak fikir betul2 baik buruk. Apa padahnya. 

Ilmu aku masih cetek. Maaf andai aku banyak salah silap dari segi tulisan aku, dari segi penyampaian aku, dari cerita aku dan perkongsian aku.
Ingatkan aku ketika aku lupa, tegurlah aku ketika aku salah.

Sekian, wassalam...

Sunday, July 21, 2013

2 Words. Terima Kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Hai. salam sejahtera buat warga Malaysia yang membaca , teman-teman yang berada di oversea kalau ada, budak-budak tadika Kemas, guru-guru ,sidang akhbar, sidang rekreasi, penghulu-penghulu kampung, JKKKK kampung, Datuk Bandar.*kaitan? okay. tu saja lah. sejak dua menjak tiga empat menjak ini, busy sangat-sangat. terlampau busy. busy sangat. sampai tak boleh nak online,nak berblog, nak bertwitter. *semua ini dusta . haha.Title ? seperti yang tertera di atas. atas mana? atas bumbung. pergi cari cepatttt. okay. masuk pada isi-isi penting. Terima Kasih? apakah?

Thank you atau terima kasih. Mahal kah ucapan terima kasih sekarang?  Orang yang tahu berterima kasih adalah orang yang selalu bersyukur. Susah ke nak ucap Terima kasih? Yee, mungkin kadang-kadang tak terucap, tak diucap. Namun, seringlah mengucapkan kata terima kasih.Ia hanyalah sekadar dua patah perkataan "terima kasih" dan rasanya tidak memerlukan pergelutan atau perbelitan lidah nak menyebutnya. Budak-budak kecil sekrang pun tahu untuk menyebutnya. Tidaklah menyalahkan orang lain kerana diri sendiri juga mungkin pernah tidak mengucapkan terima kasih.

Mahalnya perkataan itu sehingga kadang-kadang perlu diingatkan dulu untuk mengucapkannya. "Terima Kasih" bermakna kita menghargai sesuatu dan tanda syukur. Dalam Islam, terima kasih disesuaikan dengan kalimah 'syukur' diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah. Ia juga bererti penghargaan apa yang orang lakukan kepada kita. 

Terima kasih buat guru-guru yang mengajar kita sehingga menjadi orang yang berjaya dengan kehendakNya juga. Terima Kasih buat ibu bapa yang penat lelah menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Terima kasih buat sahabat yang sentiasa bersama dikala susah dan senang. Yang paling penting terima kasih kepada yang Maha Pencipta, kerana kita masih dipanjangkan umur, masih boleh bernafas hari ini. Terima Kasih Ya Allah.

Negara mana pun menggunakan perkataan itu even bahasa tak sama dan bunyinya tak sama. Bagi orang Cina,disebut 'xie xie', bangsa Arab, 'syukran jazilan', bahasa Inggeris, 'thank you' dan France pula menyebut 'merci'. Tak sama sebutan tapi makna yang sama.

Ucapannya mudah, nilai di sebalik perkataan itu juga sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan,kegembiraan kepada orang lain. Ucaplah terima kasih beserta senyuman.Walaupun ia hanyalah sekadar dua patah perkataan, namun nilai tersembunyi di sebalik ucapan 'terima kasih' itu tidak patut dipandang remeh kerana ia sangat berharga. Insha Allah perkataan itu akan selalu dipraktikkan dan diucapkan. :) 
#little sumber from "terima kasih-BH"


Say this two words.
Assalamualaikum.

Monday, July 8, 2013

Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum wbt.

Marhaban Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Haaa. Sedar tak sedar masa berlalu dengan cepat. Bulan Ramadhan tiba lagi, alhamdulillah sebab dapat menyambut dan merasai lagi nikmat berpuasa di bulan yang penuh keberkatan. Hari ini 29 Sya'ban 1434H bersamaan juga 8 Julai 2013, Isnin. Umat Islam bakal menyambut bulan puasa pada hari Rabu ini. Tak sabar nak puasa, kannn? haiipp apa? tak sabar raya?? haihh belum lagi puasa dah fikir raya. haha

Okay, biasanya dapat dengar pengumuman kat Tv bila diumumkan Ramadhan, kali ni tak dapat. hmm, kalau tak penuh fokus dan debaran di hadapan kaca televisyen yang berbentuk petak empat segi menunggu pengumuman tu. Harap Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya dan penuh makna. "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna" *nyanyi sikettt. hehehe.

Ramadhan melatih diri untuk berjimat, melatih diri untuk cermat dalam setiap perbuatan, menahan diri daripada lapar dan dahaga, melatih mulut supaya tak cakap benda-benda buruk dan banyak lagi. Dalam bulan Ramadhan,terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, dan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu. Syaitan dah diikat tapi nafsu diri sendiri masih ada, kawal lah dengan sebaiknya.

Walaupun hari pertama puasa tanpa family di sisi takpe puasa tetap puasa. Wahai sahabatku, mari kita berpuasa dan terawih bersama-sama. hehe. "Di dalam bulan ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti ibadah seribu bulan. Antara kelebihan yang utama ialah ia menggandakan pahala ibadah. Diawal ramadhan adalah kerahmatan, dipertengah Ramadahan keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas daripada neraka seperti firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 1-5"

"Ya Allah, terimalah puasaku"
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam :)
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. :)
Sekian wassalam....

Sunday, June 30, 2013

Anak Ibu dan Bapa

Saya mulakan dengan....Assalamualaikum sambil terukirnya senyuman saya yang acah acah macam sweet ni.

Hurmm time tulis ni dengar pulak lagu meruntum jiwa qalbu, aaahh seperti ingin saja menitiskan airmata dengar alunan muzik ini. Lembutnya hati seorang wanita kannn. haa tu lah. 

Sebenarnya nak cakap that i'm still in a holiday mood. Malas lagi nak balik Kuantan, tapi sebab nak belajar kan, kenalah semangatkan diri ini yang tak berapa nak semangat. 2days more at home. Cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Berat hati nak tinggal family ni haa kat rumah. Anak-anak ma and abah dah besar-besar semua. Dah nak kahwin ada, nak tunang ada, kerja jauh, belajar jauh. I don't know why, i feel like i'm not a good son and daughter. Memang betul pun sebenarnya. Nakal, degil semua lah senang citer. Nak berpisah lama-lama dengan family susah sangat. Even tahu pernah buat masalah, tak boleh nak dengar cakap sangat, menyusahkan mereka tapi nak mereka ada disisi.

Memang susah nak berjauhan. Harapnya aku tidak menjadi anak yang lupakan diri bila sudah makin dewasa, bekerja, berumahtangga. Ya Allah..Kekalkan lah perasaan aku untuk selalu mengingati ibu bapaku, merindui mereka selalu. Jadikanlah aku anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapaku. Kalau mereka dapat menjaga anak yang ramai ni, takkan kita tak dapat nak jaga mereka. Semoga aku dapat menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa. Sekarang dah nak masuk bulan mulia dan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Sedihnya tak dapat dah berkumpul satu family yang lengkap nak berbuka bersama, bersahur bersama. Kalau tak yang tak semangat nak bersahur pun, jadi semangat kalau semua ada. Bahagia kannn.

Harap ma and abah jaga diri baik-baik ya. Saya tahu saya bukan anak yang baik, tapi saya akan cuba yang terbaik supaya ma and abah gumbira dan bahagia. hehe. Saya nak pergi belajar balik dah, cuti dah habis. nampak ma dah macam manja2 dah dengan saya, haa tengokk tengokk, ma dah sedih dah tu sebab tu ah manja2 dengan kiteww. haha. takpe, akan ku pulang sentiasa. :D
okay lah. panjang lebar bercerita.

"Aku bukanlah seorang wanita yang bergelar anak solehah..
Aku bukanlah seorang wanita yang selalu menjaga ukhwah..
                                                        
Aku.. bukan seorang wanita yang bergelar hamba yang taat kepada Mu"

                                         

ni lah alunan muzik time tulis ni. :(

Sekian. Wassalam....


Friday, June 28, 2013

Cooking Part 1

Assalamualaikum...


Hai. saya suka dan gemar memasak. Mengimpikan dapat sertai masterchef. Sure lah kalau masuk kan, mesti ahh mesti ahh orang first tersingkir. kesian. Bagaimana pula dengan anda? suka memasak atau suka merasa masakan? hehe

Back to story. haaa cenggini. cooking part 1. hmm acceli saya nak share masakan saya. benda simple sangat sangat. serious talk okay. haha. saya sebenarnya suka renovate recipe jugak kekadang. Semua orang rasanya boleh memasak, maybeee lah kan cuma rasa lah yang tak diketahui adakah enak, sedap, lazat ataupun sebaliknya. 

Usually, chef eghin masak guna bahan-bahan basic je. bukan reti sangat tapi bila masak konon ahh kan nampak macam pro giteww. prosak sebenarnya. haha. tak tak takk. menjadi jugak masakan-masakan saya. hehehe. hari ni nak share masakan yang bahan utama telur ayam. catitlah resipi yang sungguh lazat ini. zzzzzzz.

Nama recipe. apa entah sebab saya pakai campak je semua benda.haha. tak tahu pula ada jugak yang sukainye pun. takpe, saya namakan nya "Scrambled Egg Black Pepper" haha. Ini saya reka and buat je. asal jadi.
Bahan-bahan:
telur
kicap
sos tiram
black pepper
serbuk lada sulah

Cara-cara
1- Tuangkan sedikit minyak, panaskan. Masukkan telur sebiji, 2 biji or 3 biji tu bergantung lah kepada anda. haha.
2- sila pastikan api tak terlalu kuat. masukkan kicap secukupnya. satu sudu kecil sos tiram,secubit garam, Serbuk secukup rasa secubit, aji-nomoto, satu sudu kecil black pepper dan sedikit serbuk lada sulah.
3-Gaulkan kesemuanya rata-rata ya. hmm. hancurkan telur tu kat dalam kuali je, cincang2 dengan sudip. haha. Ikut kreativiti masing-masing. so. DONE! haha

Senang kan. hmm. adik saya suruh buat time berbuka tadi. so, i cook this for her.  Try la kalau nak try. haha. nantu akan datang chef eghin share recipe lain pula ya. okay

Selamat mencoba. Selamat Memasak. Hati-hati ketika memasak dan memasaklah dengan penuh kasih sayang.
Assalamualaikum.....

Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t

Izinkan saya berkongsi sedikit ya hadirin hadirat yang dikasihi. Dan tajuk sudah tertera dan terpampang indah, terukir bahagia di situ. hehehe. Nisfu Syaaban. Saya juga mencari-cari dahulu informasinya sebelum berkongsi tentangnya. okay. here we go........

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.Umat Islam umumnya menyambut malam nisfu Syaaban pada 15hb Syaaban (bulan Islam) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib.
Dalam kalendar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib. *Sumber: Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2013 Di Malaysia | melvister.com 

Ini bermakna bahawa pada hari Ahad, selepas maghrib ialah malam nisfu Syaaban. Antara amalan-amalan pada Nisfu Syaaban ialah:

  • Pada siangnya eloklah kita berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali.
  • Perbanyakkan juga istighfar dan bertaubat atas dosa-dosa yang lalu kerana kita manusia biasa yang selalu berbuat dosa.
  • Disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
  • Qiamullail
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu." *sumber blog
Itu sahaja perkongsian daripada saya selanjutnya cari cik google. hehe.Ramadhan juga kian membuka tirai tidak lama lagi. Menghitung hari untuk berpuasa pada bulan Ramadhan :)
Salam Nisfu Syaaban daripada saya.
Assalamualaikum...

Wednesday, June 19, 2013

Manusia Punyai "Feeling"

Assalamualaikum wbt


Sudah lama tidak ku jejak di sini. Alhamdulillah baik-baik sahaja, sihat sejahtera. Begitu jualah hendaknya kamu semua, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi-Nya selalu. 
Tahukah anda?? Manusia punyai perasaan. Ya. Kita lah, manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Jangan expect kita akan rasai kebahagiaan, kegembiraan, keceriaan semata-mata, kerana kita punyai pelbagai perasaan. Contohnya, annoying. okay apa motif bagi contoh annoy? haha. tapi itu juga salah satu perasaan. Menurut ahli sains kimia biologi fizik mathematics, kandungan air dalam badan manusia. hmmmm. maaf, saya bukan di bidang itu. hehe. okay, tak reti nak seriouskah anda wahai empunya belog. maaf ya.

*Sambung..*Perasaan kita banyak. Kita manusia yang punyai hati dan juga perasaan. Kita tidak lari daripada merasa gembira, cinta, sedih, sayang,sakit, kecewa, terluka,pasrah, terguris, bahagia, ceria, malu,tertekan,suka, duka tenang, sepi dan banyak lagi. Itulah anugerah dari Allah.

Sama juga lah seperti saya, jika saya nampak gembira ceria tak semestinya selalu perasaan saya stay sama. Perasaan kita berubah rubah, orang pon kekadang tak boleh nak expect kalau tengok sahaja air muka kita sebab kita boleh acting like nothing happen. kan? Isi hati kita tak siapa tahu, hanya Allah fahami apa yang ada dihati. Kita perlu tahu tak semua perkara perlu dikongsi, diberitahu kerana adapun yang memahami cuma sedikit, yang selebihnya mungkin buat tak endah. Itu perasaan macam nak baling-baling meja, kerusi.hahaha. boleh buat tak endah. kung fu baru tahuuu.hehe. Jadi, itulah kita manusia biasa namun punyai banyak perasaan, anugerah Allah.
Perasan juga perasaan? yelah kan.haha.

"Bila kita ingin berubah kepada kebaikan dan menjadi yang lebih baik
Akan ada ujian, dugaan, dan anasir2 jahat yang cuba menggugat keikhlasan dan kesetiaan terhadap niat tersebut. Tetapkan pendirian. Teguhkan iman. Insha Allah.
Ujian yang paling hebat adalah ujian hati dan perasaan
Ubat yang terbaik adalah Sabar dan Doa."-Quotes

Itu saja perkongsian dari saya. Assalamualaikum... :)

Friday, May 17, 2013

Detik Waktu

Assalamualaikum...

Hai . Hello. Konichiwa. ya. bagaimana keadaan kalian semua? baikkah? harap baik-baik semua ya. Adakah anda menanti coretan daripada saya? *no respond. hehe. Okay, hari ini nampaknya jari jemari seprti kerajinan untuk menaip. ya, ku akui jari ini rajin amat jadi ini lah yang saya akan kongsi bersama. Inilah barisan kita.............................dan tajuk tidak tahu lah ngam ke tidak dengan tulisan cerita ini.

Detik waktu, terus berputar, berhias gelap dan terang. Manusia setiap detik itu, setiap saat, setiap hari setiap minit, dan setiap jam pasti melakukan kesalahan. kadang-kadang kita tak sedar kita buat dosa. Buat orang terguris, buat kecil hati, buat orang sedih, buat orang resah, buat orang risau, buat orang kecewa, buat orang marah. semua ada. kita pernah tak terfikir semua benda tu? Perasaan orang kena jaga, jadi orag juga jaga perasaan kita. Tapi tapi tapi dan tapi kekadang hati ku bertanya. adakah semua orang tahu menjaga perasaan?

Suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan.Tangis dan tawa silih berganti. Itulah kehidupan yang normal. Ada ke orang yang tak pernah menitiskan air mata? Ada ke orang yang tertawa sahaja. Ada ke orang yang menangis tak henti-henti ? jawapannya.... tak ada. Aku juga manusia biasa. manusia normal bukan abnormal dan aneh dan pelik. Rapuh. Ya aku rapuh. Iman ku tidak setinggi gunung. Aku masih lemah dalam segala hal. Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu Ya Allah. Namun cinta dalam jiwa ini hanyalah padaMu.

Tersesat langkah. tidak tentu hala dengan iman yang masih lemah. Aku sering berbuat dosa . kepada semua, aku memohon maaf atas segala salah dan silap wahai sahabat. Rapuh .
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahtadetik waktu terus berlalu .semua berakhir padaMu.



assalamualaikum.....

Monday, April 29, 2013

Siapalah Aku...

Assalamualaikum w.b.t


Hai. saya ingin berbicara dan berwawancara di sini. izinkan saya ya. saya ingin juga berbicara kat sini walau apa pun. 

Mood dah macam apa. Kini terapung-apung. dibawa arus ombak yang kuat, menghentam hentam bertubi tubi. tercampak lah nun jauh di sana. Tiada siapa yang peduli. tiada siapa hiraukan sama ada masih dalam keadaan baik ataupun tidak. Rumitnya keadaan, teruknya keadaan. Namun adakah orang sekeliling mengetahui dan ingin mengetahui??? Itulah persoalannya.

Sudah tahu tiada siapa yang sempurna. Sudah tahu tiada siapa yang hebat. Sudah tahu tiada siapa yang elok segalanya di mata manusia namun................. sering kali mereka mempersoalkan perkara-perkara itu. Siapa kita ingin menjaga hati orang selamanya, sentiasa dan selalu supaya dia gembira bahagia. Walau apa pun mesti ada yang tak kena even kita sedaya upaya menjaga hati. Kadang-kadang sengaja buat hal sendiri dan tidak hirau kan sesiapa, jadi tiadalah yang terasa, tiadalah yang saki hati dan tiadalah pergaduhan. Namun, diam pun akan timbulkan pergaduhan kerana apa?? Kerana dianggap kita tak suka, tak mahu melayan walhal kita mahu mengelakkan sesuatu perkara buruk terjadi. Jika bersuara, takut menyakiti, takut terasa hati. Siapa lah aku..........

Terdetik di hati sampai bila harus menjaga perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri yang robek parah dan cedera duduk di ICU tiada yang menjenguk, tiada yang melawat dan tiada yang bertanya sekelumit apa pun. Sedih mana hidup seseorang itu jika berada dalam keadan ini? Manusia berbeza, berbeda totally different. Ada yang cepat terasa.Ada yang tunjuk perasaan jika tidak puas hati, ada yang pendam. Ada yang sedih terus menangis, dan ada juga yang sedih menunjukkan riak wajah cerianya. Mampukah mereka mengenal pasti perasaan sebenar seseorang itu?? Tidak mampu melainkan mereka kenal betul-betul. Susah susah susah.

Orang tak peduli, nak buat macam mana. Siapalah aku... Orang ada sahabat rapat, kita apa lah sangat. Siapalah aku... Orang ada sekumpulan sahabat, kita tak pernah dipandang nya. Siapalah aku... Ya, aku insan yang lemah. Orang tidak melihat aku. Orang tidak nampak kewujudan aku, orang tidak suka dengan kehadiran aku. Orang semua sedang gembira bersama sahabat-sahabat yang satu level, satu kepala dan sudah pasti tidak memandang pada yang lainnya. Bukan itu persoalannya... atau itu kah persoalannya? *apa ini.

Siapalah aku... untuk mempunyai sahabat-sahabat yang memahami. Siapalah aku... untuk berteman dengan mereka yang levelnya tinggi. Siapalah aku... untuk bersahabat dengan mereka yang cerdik pandai. Siapalah aku... untuk sharing masalah dengan mereka. Siapalah aku... dimata mereka. Siapalah aku... tanpa mereka juga.

"Bukan meminta simpati, bukan meminta dikasihani". Siapalah aku? Aku hamba Allah swt. yang sentiasa melakukan kesilapan dan kekhilafan. Aku hamba Allah, yang masih hina di mata semua orang. Aku hamba Allah yang masih lagi lalai. Aku hamba Allah yang kerdil. 
"Aku memberi nasihat, bukan aku cukup sempurna bukan aku cukup baik bukan aku terbaik dalam kalangan yang lainnya."

Dan begitulah kisahnya wahai sahabat-sahabat sekalian. Anda pernah dalam situasi ini? Pernah kah anda merasa sedemikian? 
Sampai sini saja perkongsian dan cerita nya. Jumpa lagi... 
Wish me luck in final exam. Doakan kejayaan bersama :')
Assalamualaikum..

Monday, April 22, 2013

Kesibukan Melanda !

Assalamualaikum...


Ya. wahai sahabat sekalian. Pada detik ini aku tidak dapat lelapkan mata. Bukan kerana enggan melelapkan mata ini. Mata ini daripada tadi lagi layu dan sayu nya tetapi apakan daya aku perlu bertahan agar aku dapat menghabiskan masa-masa ini dengan melakukan kerja-kerja yang setinggi gunung.

This week, study week. Tahukah anda apa maknanya? Maknanya final exam menghampiri. semakin hari semakin hampir semakin dekat. Apabila semakin hampir maka kerja juga akan semakin banyak yang diminta. Begitulah kehidupan seorang student yang inginkan kejayaan yang cemerlang. *ehemm ehemm. haha. okay. sebenarnya semua student macam tu .semua akan laluinya saat getir pahit manis masam dan masin.

Mata akan jadi seperti panda dek kerana lambat tidur ataupun tidak tidur langsung. itu perkara normal. Apabila kesibukan melanda, tidak cukup kaki dan tangan untuk membuat kerja. Penat otak memikirkan untuk menyiapkan segala hal dan kerja yang tidak dikerjakan lagi, yang tidak disiapkan lagi, yang tidak disentuh lagi. How??

Sesiapa yang baik hati minta bantulah orang memerlukan ini. haha. pening kepala, stress, depress. Tetapi, ingatlah itu semua tanggungjawab. masa tinggal lagi about 1 weeks before final exam. debaran memuncak. Semester ini seperti banyak saja kekurangan. Dalam fikiran hanya memikirkan cuti semester bukan final exam. haha. hope i can finish all the tasks given and all the assignments. supaya hati kembali lega dan tersenyum. Wish me luck dear friends. 

"Ya Allah, tambahi bagiku ilmu yang bermanfaat dan taufiqkan aku dengan amalan yang diterima.
Dan kurniakan aku rezeki yang luas. Kau permudahkanlah segalanya untukku" Aminnn Ya Rabbal Alamin...

Thats all for today maaaa. nanti jumpa lagi . see you guys.
Assalamualaikum :)


I'm doing my assignments. Dont bother me. #serioustalk.  HAHA

Friday, April 5, 2013

Wake Up !

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera, salam manis. How are you today? fine? Good. Thanks to Allah The One who give you a good health. Okay. ni sekadar coretan yang pendek lagi gemilang cemerlang dan terbilang. haaa. gituuuu.*tapi macam terbalik je ayat tu. never mind. 

Tajuk wake up. so, camni je cerita dia. camnie. umm. camni. haha. tunggu lah tu apa kita nak cakap kan? tunggu lah tu. elehh tak mengaku. semua pentipu kan. Okay. serious ni*angkat kening macam the rock. 

Apabila kita tidur, kita kekadang lupa nak baca doa tidur kan. yang kita baca mesej-mesej sweet selamat malam. blablabla... semua tu. tak pun tertidur time tengah OTP. *on the phone. haha . dah tengah tengah cakap phone boleh tertidur pulak, dengar lah semua igauan yang menyeramkan ataupun dengkuran yang scary. haha. so, doa tidur entah ke mana. ada jugak yang tengah bertweet sambil baring haa tertidur dengan twitter. ishh ishh. zaman sekarang sampai macam tu sekali. tengah skype pon ada kot yang tertidur. then, orang tu pulak punya baik snap pic kat skype tu gambar tengah tidur dengan pose cantik nampak gigi. mulut nganga. tu diaa. macam macam boleh jadi.

Okay. sebelum tidur basuh kaki, then baca doa tidur, ucapkanlah juga dua kalimah syahadah sebelum tidur. Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam. Kalaupun sudah terlalu letih, dan tidak sempat membaca perkara-perkara lain (zikir) maka ucapkanlah sekurang-kurangnya lafaz dua kalimah syahadah sebelum tidur. Mana tahu, itulah kesempatan kita yang terakhir. *peringatan untuk saya juga yang juga manusia yang cepat lupa, sering lupa.
Dua kalimah syahadah.
Apabila kita sedar dari tidur, ucapkanlah alhamdulillah. dan doa bangun tidur :

Syukran. Syukur .

Bersyukur kerana kita masih lagi bernafas. kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Lepastu pergi lah hirup udara segar pagi pagi tu haa. baru terasa nyaman. segar. hirup bukan guna straw tu haa. -.- *ternyata hambarrrr

So, itu cerita wake up saya.  Ini entri saya berkisarkan tentang tidur dan bangun dari tidur. Siapa suka tidur? ehh. ada? sama. Kita geng ! haha. Astaghfirullahalazim. nak cuba try test kurang kan tidur la. Jom sama-sama kurangkan tidur di waktu petang. selalu balik kelas balik sekolah kita tak sempat bukak stoking semua dah lelap kan. *ehh lebih-lebih pulak .kononnya. tak sampai macam tu pun. haha.
okay. perkongsian bersama. Done. so, see you guys again. 
Assalamualaikum sohabat sekalian.....

Saturday, March 30, 2013

Cinta. Love. Sayang

Assalamualaikum w.b.t 


Yang dialu-alukan, semua masyarakat, yang berbahagia sidang pembaca dan semua yang terlibat yang disayangi sekalian. sihat tak ando ando semua nya? sihat? Alhamdulillah diberi kesihtan yang baik. Ini intro saya. Mari kita masuk paragraph pertama. Jenngg jengg jennngg *mendebarkan . dupp dapp duupp dapp. sila berdebar semua. sebab apa yang nak disampaikan ini agak scary dan mendebarkan. *cepat ah berdebar dulu.  haha. okay. dah nampak semua jantung berdegup kencang. haha

Title saya pada hari ini ialah. Love. What is the love? Love is cinta, sayang dan apa apa je lah. haha. where is the love. where is your love? cintaku dan sayangku pada ...... alaaa. malu ahh cemnie.alaaa. maluuu nak cakap. dia terlalu penting buat saya. sangat penting. sangat sangat terlalu sangat terlalu sangat terlalu lalu penting. haaa. nampak tak betapa pentingnya dia. saya menyukai, menyayangi, mencintai... *jiwang besi karat. haha. okay. actually,  orang yang tak dimention kan tu ialah my parents. haha. gempak tak citer kite? gempak tak?gempak kan? haa..dah taw dah. haha. tadi nak buat cerita cakap malu nak cakap siapa mereka, in reality and the truth, saya tak malu nak cakap saya sayang ibubapa saya sebab mereka ibubapa saya lah. hehe. i'm proud because i have them. you oll semua pun samenye pun kannn. kann. kann. so pergi cepat cept kat diorang cakap ilove you ilove you berjuta juta kali. sekarang!!! diorang mula lah terkebil kebil, terpinga pinga dek kerana memikirkan kenapa pula dengan anak2 mereka ini, dengan tiba-tiba say ilove you. ini danger. haha. tu maknanya kita jarang sekali mengucapkan kata-kata itu kepada mereka sehingga mereka sendiri tidak kenal kita selepas mengucapkan kata-kata itu. haha. nampak tak permainan dia kat situ haa? so, mulai hari ini, biasa-biasakan cakap macam tu kepada mana2 yang tak biasa. hehehe. Insha Allah.

Dah dengar kata LOVE, cakap LOVE sikit mula lah fikir pasal boypreng girlpreng . gf bf. makwe pakwe tokwe. semua ada lah.haha. kan kan kan. normal ler tu pemuda pemudi, remaja remaji sekarang inih. hangpa sayang semua kat hangpa punya boypreng girlpreng .hehe. Mana-mana yang Single mingle pula tu, takpe jangan risau, jangan bimbang, jangan segan , jangan sedih, jangan merana, jangan terdesak, jangan kecewa, jangan menderita, jangan lemah, jangan hilang semangat, jangan hilang perasaan, jangan ada benci, jangan gundah, jangan jadi tuuuttt, jangan semuanya. Single tu tak bererti anda ni lemah, tapi lebih kuatkan anda sebenarnya dan mungkin anda akan berpasangan juga nanti, iaitu apabila berkahwin kelak. waaahh bahagia sungguh bicara pasal nikah ini. haha *gataii nya. haha.okay. saja jer lah. hee. 

Sebenarnya cinta, sayang itu bukan hanya kepada yang ehemm ehemm je, tapi cinta dan sayang untuk Allah swt, Allah yang Maha Besar,Allah Maha Pencipta, Allah yang Mengasihi, Allah yang Menyayangi, Allah yang Abadi, Allah yang Satu. Cinta dan sayang untuk family, cinta dan sayang untuk sahabat sejati, cinta dan sayang alam sekitar, cinta dan sayang diri sendiri. cinta dan sayang binatang-binatang, cinta dan sayang tumbuh-tumbuhan. cinta dan sayang agama Islam.cintai dan sayang seluruh alam. Cinta dan sayang merangkumi semuanya. Jangan disalah erti dan disalah tafsir. Jangan! *muka serius. *muka bengis. hahaha


"We do not say love is halal or haram because it is a feeling. But you must know the way ,rules, term and condition."haa.ada syarat-syaratnya supaya tak terjebak ke dalam lembah racun? takk. lembah penzinaan. So,concern about it. lebih elok lepas nikah bercintan cintun. hehe

Ini lah pasal Cinta dan Love yang dikongsikan ini , haa, nilah cerita saya hari ni, waktu ini, minit ini,detik ini, saat ini. Maaflah jika terdapat kekurangan, kesalahan, ketidakfahaman, kesemuanya. Maafkan saya ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Nak cerita lagi, tapi panjang haa pulak essay ini. tak larat deme nak membaca. ehhh *ada orang baca ke? haha. 

Saya sekadar buat ini sebagai perkongsian bersama-sama. Bukan berkata saya ini tidak pernah couple, pernah juga. Bukan nak kata saya ni baik, tak juga. pernah buat salah. pernah buat dosa dan sering buat dosa. walaupun tak bercouple, memang kita berbuat dosa dalam kehidupan kita. Okay. saya cinta dan sayang kalian juga.

This: "Cintaku kepada Allah kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya"

Jangan hanya inginkan wanita yang baik selagi kita tidak berusaha menjadi lelaki yang baik,
jadilah lelaki yang baik sehingga kita diinginkan oleh wanita yang baik.
Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak berusaha menjadi wanita yang baik,
jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik- Farah Lee 


Aku mencintai orang² soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian daripada mereka..
Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka.

"Marriages that are usually good and lasting marriages are those that start at the least affection. That affection grows after marriage and maybe it will grow until the couples continue their companionship at the Jannah"
Doa:


Memohon Cinta Allah. :)

Allah swt yang Satu. Aku hambabMu yang masih lemah 


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga dapat sama-sama faham dan share. Mohon maaf jika terdapat salah dalam menaip dan mensharing ini punya cerita maa. maafin ya dongg. Saya penulis cool blog , random blog ini, dan hamba Allah swt Love dan cinta semua . kalian2. hehe .
Assalamualaikum wb.t.... ketemu lagi. Insha Allah :)