Wednesday, October 24, 2012

Kehidupan


Assalamualaikum ...serius dah lama tak update belog. begitu busy nya diri ini kan. haha. never mind. 
Hari ini dan pada waktu ini akan ku ceritakan kisah kisah yang terjadi . apakah??
Dan sebenarnya memang sangat busy. (lahhh sangatt) pulang dengan 2 assignment yang belum lagi siap.
Ohh. kenapa cuti ku bersama dengan assignment itu. Takpe, bila dah makan daging lembu, unta , kambing, kerbau or whatever lah, mungkin otak lebih tangkas gamaknya dan akan membuat kan aku lebih, lebih, lebih makin malas buat semua kerja itu. ohh, janganlah semua itu terjadi kepada diri ini. Kesiaaann aku. Adakah malas itu memang sikap aku or itu hasutan syaitan yang cuba nak pujuk aku supaya ignore semua kerja dan pujuk aku supaya jangan study?? Ya Allah, jauhilah aku daripada hasutan syaitan dan permudahkanlah segala urusanku. Amin..

Selain itu, ehhh..( kenapa skima sangat eyhh) tolong hiraukan !  I have something to share here anak-anak, haha. Aku panjatkan kesyukuran kerana pada hari Sabtu yang lepas, aku mewakili sahabat ke Program Kem Smart Solat anjuran DDC (Diploma in Digital Creative) bertempat di Kempville dan program itu telah berjaya. Congrates to DDC students. Kat sana dapat tambah ilmu, sedikit sebanyak make me realize something about life. 

Lepas balik dari sana, terus ke Program Dakwah anjuran kelas aku sendiri DEC (Diploma in English Communication). Ya, itu first time aku dan kawan-kawan pergi berdakwah. Alhamdulillah, dapat pengalaman baru. Jumpa ibu tunggal and anak yatim. Sedih bila tengok diorang. Sesungguhnya, mereka sangat kuat dan tabah . So, kita yang dapat kehidupan lebih baik daripada mereka sepatutnya lebih bersyukur dan lebih tabah dan kuat. Aku sempat interview beberapa orang makcik kt sana. Ya, adakah aku mempunyai ciri-ciri seorang wartawan?? maybe ada .haha. dahhh... itu lah final project kami semua. Alhamdulillah semua berjalaan lancar. Congrates to all my friends. 

Ini nak Raya Haji dah, baju raya pakai yang raya aidilfitri hari tu je yg tukang jahit tak siap jahit lagi dan aku tak tahu lah maybe sampai sekarang baju itu masih dalam keadaan yang tak berjahit. Habis cuti, revision week then final exam??? woahh. apakah? wish me luck ya . ehh. dah panjang esei ini. full mark! 
here :
Allah s.w.t sentiasa bersamamu. :)
sampai sini sahaja esei buat kalian. :) maaf andai keterlaluan, keterlampauan, dan segala jenis terrr...


Salam Aidiladha buat semua umat Islam