Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.
hai. tengok title entry tu. haa. wishing Salam lebaran buat semua umat Islam maaf lah terlalu busy raya tahun ni .Entah kenape lah busy sangat. 8 Syawal baru ada masa nak tulis semua ni. haha. belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya maaf zahir & batin
Jom. kita lihat , tengok and jeling sedikit perjalanan pada hari raya ni

Si kecil comel yang digemari sekali dalam family ku bebaju pink Nur Qistina Batrisyia .

Third eid . Pergi ke Kelantan kenduri  kahwin. and relaxation otw balik
Ramai juga yang singgah di pantai time raya pun. Petang yang agak indah dengan angin sepoi sepoi bahasa melayu. haha . Sangat happy :D


Mak sepupuku. tiga pasangan kahwin serentak
Ini sensasi and hot punya story sehingga masuk berita Tv berapa entah and masuk Utusan and Sinar newspaper kot. Mak sepupu saya kahwin tiga orang sekali gus. Wwooaaahh!! nasib tak runtuh rumah ramai ramai sangat. haha. Sangat cantik ketiga tiganya dan hope jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. Amin amin Ya Rabbal Alamin .

Antara tetamu yang hadir 

Sangat ramai datang pada hari itu. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun sedikit kalut. sebab tiga pasangan kann. haha

Now... i will stop here. My story end here. Sepanjang beraya tahun 2012 .

One more time, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Marilak kita bermaafan di hari yang mulia ini. Lupakan sengketa lama. Hulurkan tangan berjabat mesra :)


Andai ada salah silap, saya memohon maaf kepada semua.
Assalamualaikum :)

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan dan Syawal


Assalamualaikum w.b.t . pertama kali update status pada bulan yang mulia ini. Sebelum ni a bit busy, so takda masa nak online. i hope all of you still remember me. hehe. semoga sihat saja. Now, talk about Ramadhan and Syawal :)

Kita sudah berada di akhir Ramadhan, beberapa hari lagi Syawal pula akan menjelang. Sudah tentu Ramadhan yang berlalu pergi akan sangat sangat dirindui. Dan berharap Ramadhaan kali ini penuh makna, dan dapat beribadat dengan baik di bulan mulia ini. Antara nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada hambaNya ialah bulan Ramadhan yang mulia ini. Di bulan ini kita diberi kesempatan untuk melakukan amalan amalan mulia dan bulan ini terkumpul segala kebaikan. 

Bukanlah diri ini hebat mana pun, perfect or what. Cuma semua yang diperkatakan juga adalah untuk diri sendiri supaya tidak pernah sesat dan lalai. Supaya dapat memberi sedikit demi sedikit perubahan. Saya juga insan yang lemah sering melakukan kesalahan. Sikap manusia, walaupun tahu sesuatu itu salah tetapi masih juga melakukannya. Sebab?? Kerana?? lemahnya iman seseorang. 

Dimana tibanya suatu masa, pintu hati terbuka untuk berubah lebih baik. Insyallah. mudah mudahan. Perbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini . Banyak keistimewaan bulan Ramadhan ini antaranya ialah :
*Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
*Ramadhan bulan mujahadah
* Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
*Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
*Puasa Ramadhan menyihatkan
*Puasa Ramadhan melatih kesabaran
*Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat Nya
*Ramadhan bulan keampunan
*Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
*Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Marhaban Ya Ramadhan

Mengharapkan setiap kali tibanya Ramadhan ianya penuh makna

Hari ini 27 Ramadhan . Syawal akan menjelang tak lama lagi. Selamat menyambut bulan Syawal pula ya. Beraya lah berpada pada, ingat lah juga pada mereka yang tak dapat beraya semeriah atau sebagaimana kita dapat beraya.Merayakannya dengan penuh kesyukuran. Raya Raya Raya. Jemput datang rumah mana yang mengenali. :)

Bermaaf-maafan di hari raya. :)

Salam aidilfitri. Memohon Maaf jika terdapat kekhilafan, kesalahan dari entri saya. Terasa atau terguris kerana saya. Sekian dari saya. Assalamualaikum :)