Sunday, February 23, 2014

Mencari Kekuatan Dalam Berhijrah

Assalamualaikum wbt...


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, hari ini bersaman 23 Februari 2014, aku dan sahabat berkesempatan ke majlis ilmu bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang. Bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang. Para panel yang hadir ialah Ustaz Ahmad Dasuki, Shamril Salleh (Sham Kamikaze) dan Waheeda Wassini.

Ramai juga yang datang, dan kami semua sedikit sebanyak dapat tahu cerita mereka dan perkongsian mereka. Perkongsian yang sungguh baik dan bermanfaat untuk semua. Terima kasih buat sahabat yang memberitahu tentang ceramah itu dan mengajak bersama-sama ke majlis ilmu itu. Terima kasih sangat. 

Apabila berhijrah, tidak perlu untuk terlalu menunjuk-nunjuk tentang penghijrahan yang dibuat. Biar saja kita tahu dan Allah SWT tahu. Mulakan penghijrahan dengan baik dan istiqamah la selalu. Iman manusia kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Oleh itu la kita perlu selalu perbaharui iman kita. Jika kita sedar iman menurun, cepat-cepat kita tingkatkan iman semula. La ilaha illAllah."Iman itu kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun,maka hndaklah kamu perbaharui iman kamu dengan kalimah La Ilaha illAllah.”(Hadis riwayat Ibnu Hibban). 
Mungkin pada permulaan hijrah ada sesetengah yang sukar terima, yang pandang pelik atau apa sahaja. Namun, tidak perlu bimbang dan gusar kerana bila kita buat kerana Allah, untuk mencari keredhaan Allah, kita harus kuat. Tak perlu malu. Biar apa yang dikata sebab kita buat benda baik. Nawaitu kerana Allah Taala. Selalu perbetulkan nawaitu.

Berhijrah juga bukan yang tidak baik kepada baik, namun yang baik juga berhijrah untuk menjadi lebih baik. Mencari kekuatan diri untuk sentiasa beristiqamah kepada Nya. Bersahabat lah dengan orang yang soleh solehah dalam membantu kita untuk berubah lebih baik sebab sahabat itu cermin kita. Cukuplah mereka yang menunjukkan akhlak yang baik dan yang dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT."Jika kita ingin berhijrah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan mengirimkan hamba-hambaNya yang baik dan soleh untuk bersama-sama dengan kita."
Terima kasih buat sahabatku yang pernah bantu yang bersama-sama aku. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau hantarkan orang-orang yang baik buatku.

"Dan aku tidak mengaku diriku suci (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang di beri rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [surah Yusuf:53]




:) Nak pi dekat Akak Wahida tak sempat. takpe la. Lain masa insha Allah.
Didik hati ini. Jauhi sifat mazmumah. Bersangka baik lah kepada Allah SWT dan yakin pada Allah.
Setiap manusia perlu bimbingan begitu juga aku. Aku yang masih lagi terkapai-kapai. Aku hamba yang masih belajar, aku hamba yang masih mencari-cari kekuatan diri. Aku hamba yang hina dan hamba yang sering berbuat dosa. Maka kau bantulah juga aku wahai sahabat.
Semoga Allah memberi kita kekuatan. :')
Setakat ini sahaja.Panjang lebar pula ya. hihi. Dapat ilham juga untuk menulis entri kali ini dari saudari blogger #fatin yang share tentang penghijrahan. Dan dari majlis ilmu petang tadi. Maaf untuk segala khilaf ana ya. 
Wassalam.

Friday, February 14, 2014

Ujian

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, diberitahu tentang kisah seorang sahabat. Ujian yang diterima amatlah berat. Jika saja aku ditempatnya, Masha Allah. Mungkin saja aku lebih teruk dari dia. Sungguh aku tidak bisa melihat insan lain menangis di hadapanku kerana secara automatiknya berderai juga air mataku yang bertakung lama. Berlinanganlah titisan air mata dipipi. Tanpa disedari, menangis bersama nya. Sungguh tak mampu untuk tahan. Aku sebagai sahabat perlu memberi kekuatan kepadanya namun aku seperti melemahkan nya dengan menunjukkan tangisan aku. 

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain kata-kata semangat yang mungkin bisa memberi kekuatan kepadanya. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba Nya dan sebab itu kita diberi ujian. Ya, ujian setiap manusia berbeza-beza. Hati naluri manusia tidak sama, setiap manusia memang berbeza. setiap manusia tidak terlepas dari ujian di muka bumi ini. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, sama ada ringan mahupun ujian yang berat. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Namun kita harus kuat dalam menghadapi segala ujian dalam hidup iniAllah s.w.t menguji manusia dengan pelbagai ujian semestinya bersebab. Allah nak menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian-ujiannya. 

Allah swt tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)

Betapa Allah menyayangi hambaNya, tetapi kekadang kita tidak cukup kuat untuk tempuhi segala ujian dan tahap kesabaran kita masih lemah untuk hadapi ujian yang diberi.
"Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguhn sungguh"(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

source:from others blog/wordpress and laman lain jugak. :) 

 Sekian... Assalamualaikum.