Monday, June 16, 2014

Baik Baik

Assalamualaikum w.b.t

Kadang kita asyik memikirkan 
kenapa orang suka bicara tentang orang lain
Walhal dia baik pada semua orang
pasti ada yang masih memburukkannya
Namun kita kekadang tak sedar akan perilaku sendiri
Ingin dilayan baik oleh semua orang
Ingin orang menjaga hati sebaiknya
Namun adakah kita melayan mereka dengan baik?
Adakah kita melayan mereka seperti mana kita ingin dilayan baik
Kita tak sedar kita sakitkan hati orang
kita tak sedar kita burukkan orang
kita tak sedar kita lukakan hatinya
kita tak sedar atau kita buat-buat tak sedar?

Manusia itu kekadang sedih tidak mahu ditunjuk
tidak mahu dihebah seluruh dunia
tiada guna diceritakan semuanya
yang kisah hanya seorang dua
yang tak endah beribu-ribu
sakitnya hati yang dirasa disimpan kemas-kemas
disorok dengan eloknya
yang terpancar hanya senyuman kelat
lidah kelu untuk bicara lagi
hanya diam diam. hanya senyum pahit
Kita rasa luka kita, sakit kita, susah kita yang paling teruk
padahal masih ada yang lebih masih ada yang parah
kental lalui semua kerna semua orang punya perasaan
semua lalui kesusahan dan kesenangan
Jaga hati mereka, jaga hati sendiri.

Insha Allah.
Sekian wassalam.


Tuesday, June 3, 2014

Masih Jauh


Tidak ada suatu suara kedengaran
itu hanya mimpi mungkin
terdengar sahut-sahut suara
yang tidak jelas datangnya
benarkah ia memanggil nama aku
atau kerana aku yang terlalu memikirkannya
atau aku saja yang bermimpi di siang hari
untaian kata-kata yang menusuk kalbu
sehingga kini masih berlegar di ruang minda
kata-kata membangkitkan semangat
bukanlah menjatuhkan maruah
bukan juga menjatuhkan orang lain
masih jauh untuk sampai pada suatu tahap
cahaya kelihatan samar-samar dari jauh
justeru itu usaha untuk melihat cahaya yang terang
langkah kaki tidak berhenti
derapannya berbunyi walaupun perlahan
tidaklah mahu terus berhenti walaupun lelah
walaupun penat walaupun sakit
teruskan langkahmu kerna ia masih jauh

Monday, May 26, 2014

Sefahaman

Assalamualaikum.

Diri sendiri kadang berfikir jauh
Fikir macam-macam hal yang orang tak tahu
Aku fikir banyak benda tak perlu dicerita apa intinya
Aku sendiri tak faham dengan diri aku
Mulai marah meradang tak tentu hala
Lagi lagi jika mereka semua tak faham aku
Aku anggap mereka semua tak sefahaman dengan aku

Kau tahu yang aku susah untuk faham orang
Kau tahu aku juga susah faham diri aku
So, aku sebenarnya tak boleh expect orang faham aku
bila aku sendiri tak faham dengan diri aku
Apa lagi nak dipertikai walhal kau sudah tahu itu
Persepsi manusia yang berbeza
Mereka melihat dengan mata saja
bukan dengan mata hati

Sudah aku terpaku. Aku terdiam terduduk. Rebah lagi
Jadi kau faham dulu sebenarnya apa kau mahu
dalam konteks ini kau berbalah sama diri kau sendiri
Biar kan seketika sehingga kau betul faham.