Wednesday, April 16, 2014

Hati

Assalamualaikum wbt.

Kalau kau sedang tertawa,
mungkin di hati kau menangis
Kalau kau sedang gembira,
mungkin di hati kau sedih
Kalau kau tunjukkan kau kuat,
kau sebenarnya lemah tak bermaya
Kalau kau tunjuk kau bahagia
di hati kau penuh derita mungkin
Siapa tahu? Siapa faham kau?
Yang tunjukkan di luaran tak semestinya ianya benar
Mungkin yang paling kau nampak kuat dan ceria itu
dia lah yang paling lemah pabila keseoarangan
dialah yang paling lemah di hadapan Allah
Namun kau cukup kuat dan tabah
Menangis dalam diam
marah dalam diam
menangis pelan-pelan
sabar dengan semua
Tak siapa tahu, tak siapa faham
Hai hati, cukup gagah perkasa sebenarnya kau ni

Ingatlah. Walaupun tak siapa faham isi hati kau
jangan kau bimbang jangan pula kau melatah 
Allah faham dan tahu segalanya
Allah faham isi hati kau, apa yang ada di hati kau

"Ya Allah... ketika hati menangis hanya Kau saja yang tahu
ketika mereka semua meninggalkan aku sendiri
ketika dunia tiada simpati,
Engkau tetap mendengar rintihanku
Pada-Mu tempat aku mengadu dan menagih kasih
Ya Allah....
ketika aku dalam kepayahan dalam kesendirian dihimpit cubaan
Kau beri aku kesabaran dan kekuatan
ketika aku buntu tidak mampu berfikir
Kau berikan aku kekuatan, Kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku sendirian
Kau tetap bersama hamba-hambaMu
Sungguh aku bersalah kerana aku sering lalai
Aku sering alpa 
Terima Kasih Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat Mu
Terima kasih untuk segalanya"

No comments:

Post a Comment