Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t

Izinkan saya berkongsi sedikit ya hadirin hadirat yang dikasihi. Dan tajuk sudah tertera dan terpampang indah, terukir bahagia di situ. hehehe. Nisfu Syaaban. Saya juga mencari-cari dahulu informasinya sebelum berkongsi tentangnya. okay. here we go........

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah.Umat Islam umumnya menyambut malam nisfu Syaaban pada 15hb Syaaban (bulan Islam) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib.
Dalam kalendar islam, 10 Jun 2013 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban iaitu 1 Syaaban. Oleh itu, pada 15 hari dalam bulan Syaaban, 24 Jun adalah Nisfu Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1434H. Manakala malam Nisfu Syaaban pada 23 Jun selepas waktu Maghrib. *Sumber: Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2013 Di Malaysia | melvister.com 

Ini bermakna bahawa pada hari Ahad, selepas maghrib ialah malam nisfu Syaaban. Antara amalan-amalan pada Nisfu Syaaban ialah:

  • Pada siangnya eloklah kita berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat Maghrib, disunatkan solat sunat dua rakaat. Selepas itu, hendaklah membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali.
  • Perbanyakkan juga istighfar dan bertaubat atas dosa-dosa yang lalu kerana kita manusia biasa yang selalu berbuat dosa.
  • Disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
  • Qiamullail
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu." *sumber blog
Itu sahaja perkongsian daripada saya selanjutnya cari cik google. hehe.Ramadhan juga kian membuka tirai tidak lama lagi. Menghitung hari untuk berpuasa pada bulan Ramadhan :)
Salam Nisfu Syaaban daripada saya.
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment